Pengguna jalan raya diingat utamakan keselamatan sempena Krismas 2025

SARATOK – Semua pengguna jalan raya, khususnya pemandu dan penunggang motosikal yang pulang ke kampung halaman sempena cuti perayaan Krismas, digesa agar sentiasa mengutamakan keselamatan dan mematuhi peraturan lalu lintas bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

Timbalan Residen Bahagian Betong, Hamdan Katang berkata, sikap berhemah ketika memandu perlu diberi perhatian serius terutama dalam suasana perayaan yang menyaksikan peningkatan ketara jumlah kenderaan di jalan raya.

Menurut beliau, pematuhan kepada had laju yang ditetapkan, penggunaan tali pinggang keselamatan serta topi keledar, selain memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik, merupakan langkah asas yang mampu mengurangkan risiko kemalangan.

“Keselamatan perlu menjadi keutamaan setiap pengguna jalan raya. Kita tidak mahu kegembiraan menyambut perayaan bertukar menjadi tragedi hanya kerana kecuaian dan sikap tergesa-gesa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Sambutan Perayaan Krismas 2025 Peringkat Bahagian Betong yang berlangsung di Dewan Pejabat Daerah Saratok, pada Selasa.

Beliau turut menzahirkan sokongan penuh terhadap usaha meningkatkan tahap kesedaran keselamatan jalan raya dalam kalangan masyarakat.

Dalam pada itu, beliau menyeru pengguna jalan raya agar sentiasa berwaspada, mengelakkan pemanduan berbahaya serta mematuhi arahan pihak berkuasa supaya setiap perjalanan berakhir dengan selamat.

Beliau juga merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua agensi serta pihak terlibat yang berganding bahu menjayakan kempen berkenaan.

Sebagai pengisian program, aktiviti penyerahan beg barangan kepada pemandu kenderaan dan penunggang motosikal turut diadakan di tepi jalan raya berhampiran Pejabat Daerah Saratok sebagai simbol peringatan dan galakan pemanduan selamat.

Program ini bukan sahaja bertujuan menyampaikan mesej keselamatan secara langsung kepada pengguna jalan raya, malah menjadi platform mendekatkan agensi kerajaan dengan masyarakat setempat.

Turut hadir ialah James Jimbun mewakili ADUN Krian, Pegawai Daerah Saratok, Mohammad Dino Amid; Pegawai Daerah Kabong, Tahir Mohd Sharee; Pegawai Daerah Betong, Laga Kueh; Pegawai Tadbir Menguasa Daerah Kecil Nanga Budu, Hatta Adenan; ketua-ketua jabatan serta ketua masyarakat dan ketua kaum (KMKK) Daerah Saratok.

Foto: Pusat Khidmat ADUN Kalaka

Related Posts

Lawatan ke ESS Zone ruang wakil asing nilai tahap keselamatan Sabah Timur

SANDAKAN – Program lawatan ke Zon Selamat Timur Sabah (ESS Zone) yang disertai 14 wakil diplomatik dan perwakilan asing memberi peluang kepada wakil asing melihat sendiri tahap keselamatan, keamanan dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pelancong asing salah guna PLS untuk berniaga dikenakan tindakan tegas – Saifuddin

SANDAKAN – Kerajaan memberi amaran dengan mengambil tindakan tegas terhadap pelancong asing yang menyalahgunakan Pas Lawatan Sosial (PLS) untuk menjalankan aktiviti perniagaan di kawasan pelancongan. Menteri Dalam Negeri, Datuk Saifuddin…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan MADANI pastikan semua kaum, aliran pendidikan terbela – PMX

Kerajaan MADANI pastikan semua kaum, aliran pendidikan terbela – PMX

Lawatan ke ESS Zone ruang wakil asing nilai tahap keselamatan Sabah Timur

Lawatan ke ESS Zone ruang wakil asing nilai tahap keselamatan Sabah Timur

Peruntukan pertahanan dijangka terus dipertingkat dalam Belanjawan 2027 – Anwar

Peruntukan pertahanan dijangka terus dipertingkat dalam Belanjawan 2027 – Anwar

Pelancong asing salah guna PLS untuk berniaga dikenakan tindakan tegas – Saifuddin

Pelancong asing salah guna PLS untuk berniaga dikenakan tindakan tegas – Saifuddin

Bukan salah bangsa, tetapi cara kita berfikir

Bukan salah bangsa, tetapi cara kita berfikir

Pahang peruntuk RM12 juta untuk SUKMA, Para SUKMA Selangor

Pahang peruntuk RM12 juta untuk SUKMA, Para SUKMA Selangor