Yeo Bee Yin jaga adab, sensitiviti kawan dalam Kerajaan Perpaduan – Azhar

“BUKAN sahaja menggambarkan keangkuhan politik tanpa empati, tetapi juga menzahirkan kurangnya rasa hormat kepada rakan dalam Kerajaan Perpaduan sendiri,” kata Datuk Dr Azhar Ahmad.

Ketua UMNO Bahagian Beruas itu menyifatkan kenyataan Setiausaha Publisiti DAP, Yeo Bee Yin tidak sensitif terhadap UMNO yang bersama membentuk untuk menubuhkan Kerajaan Perpaduan.

“Kenyataan Yeo Bee Yin berhubung Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini amat mendukacitakan. Kalau dah berkawan, jagalah sensitiviti kawan bersama. Dalam konteks kerjasama politik hari ini, sikap saling menjaga perasaan dan maruah sesama pemimpin sepatutnya menjadi asas utama.

“Apatah lagi apabila seseorang itu sedang menghadapi dugaan dan proses perundangan, sebarang sindiran atau kenyataan sinis hanya menambah luka dan mencalar semangat kebersamaan.

“UMNO Bahagian Beruas mengecam sekeras-kerasnya kenyataan sinis dan tidak berperikemanusiaan oleh Yeo Bee Yin terhadap Datuk Seri Najib Razak.

“Kenyataan tersebut bukan sahaja memperlekeh penderitaan insan yang sedang melalui proses keadilan, tetapi turut mencerminkan politik tanpa ihsan, politik yang hilang nilai, adab dan empati. Ini bukan keberanian, ini adalah kebiadaban yang dibungkus dengan naratif politik sempit,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Semalam Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur, menolak permohonan semakan kehakiman difailkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi memaksa kerajaan serta enam yang lain melaksanakan Titah Adendum supaya beliau menjalani baki hukuman penjara melalui tahanan rumah.

Bee Yin yang juga Ahli Parlimen Puchong, kemudian memuat naik hantaran berbunyi: ‘Another reason to celebrate this year end’ (satu lagi sebab untuk meraikan hujung tahun ini) yang dipaparkan bersama pautan berita sebuah portal bertajuk ‘No house arrest for Najib’ (tiada tahanan rumah untuk Najib).

Azhar menegaskan, keharmonian antara parti dalam gabungan Kerajaan Perpaduan boleh tergugat dengan kenyataan-kenyataan yang menguris hati kawan sendiri sekali gus menjurus ke arah perpecahan.

“UMNO Beruas ingin mengingatkan bahawa menghina ketika orang lain sedang diuji bukanlah lambang keberanian, sebaliknya tanda kehilangan nilai budi dan empati dalam berpolitik. Politik yang matang menuntut kita berhati-hati dalam tutur kata, dan tidak mempergunakan penderitaan individu sebagai modal mencuri simpati.

“Jangan sampai kenyataan yang tidak sensitif begini menggugat keharmonian yang sedang dibina bersama. Rakyat sedang menilai, bukan sahaja dasar yang diperjuangkan, tetapi juga keikhlasan hati dalam menjaga silaturrahim politik,” katanya.

Memetik kata-kata Pendita Za’ba, “Kemajuan bangsa bukan diukur pada kepintaran lidahnya, tetapi pada ketinggian budinya,” Azhar berkata, perbezaan pandangan bukan lesen untuk menghina sesama insan dan menanam kebencian terhadapa orang lain.

“Pemimpin yang memperolok musibah orang lain sedang menunjukkan kepada rakyat wajah sebenar politik kebencian, politik yang tidak tahu menghormati manusia, apatah lagi lawan.

“UMNO Beruas tetap berpegang pada prinsip adab dan ihsan. Kita mahu membina negara yang maju bukan sahaja dari segi fizikal, tetapi juga dari segi moral dan peradaban kepimpinan.

“Kita harus ingat, pangkat dan jawatan tidak memuliakan sesiapa. Yang memuliakan ialah adab, budi dan rasa tanggungjawab. Bila ini hilang, hancurlah nilai kepimpinan,” katanya.

Related Posts

Pas gagal, Bersatu hanya junjung titah Raja Perlis – Marzuki

DAKWAAN bahawa Bersatu mengkhianati Pas dalam kemelut pelantikan Menteri Besar Perlis terus dipersoalkan apabila bekas Ketua Setiausaha Sulit kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Dr Marzuki Mohamad, menegaskan krisis itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Puad dakwa ada ‘tidak kena’ dalam UMNO Johor, pengumuman penting 27 Jun

JOHOR BAHRU – Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mendakwa terdapat sesuatu yang “tidak kena” dalam UMNO Johor susulan pengumuman senarai calon yang akan bertanding…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Padah sorok syabu 0.82 gram, ‘lakonan’ dua kru kapal terbongkar

Padah sorok syabu 0.82 gram, ‘lakonan’ dua kru kapal terbongkar

PH Sabah gesa pelaksanaan subsidi diesel bersasar telus dan adil

PH Sabah gesa pelaksanaan subsidi diesel bersasar telus dan adil

Insiden buli bukan perkara ringan, jadikan pengajaran – Junaidah

Insiden buli bukan perkara ringan, jadikan pengajaran – Junaidah

Pas gagal, Bersatu hanya junjung titah Raja Perlis – Marzuki

Pas gagal, Bersatu hanya junjung titah Raja Perlis – Marzuki

BUDI MADANI: Kerajaan mudahkan pendaftaran di cawangan LHDN dan UTC

BUDI MADANI: Kerajaan mudahkan pendaftaran di cawangan LHDN dan UTC

Puad dakwa ada ‘tidak kena’ dalam UMNO Johor, pengumuman penting 27 Jun

Puad dakwa ada ‘tidak kena’ dalam UMNO Johor, pengumuman penting 27 Jun