Titah Adendum: PM tegaskan kedaulatan undang-undang, hormati penghakiman

KERAJAAN MADANI menegaskan komitmen berterusan terhadap prinsip kedaulatan undang-undang dan pengasingan kuasa, susulan keputusan Mahkamah Tinggi berhubung isu Titah Adendum yang dikaitkan dengan Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kebebasan badan kehakiman merupakan asas penting dalam sistem demokrasi negara dan tidak wajar dipengaruhi oleh mana-mana pihak.

“Atas prinsip inilah saya menghormati keputusan yang dibuat hakim,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Justeru, beliau menegaskan bahawa selaras dengan prinsip negara hukum, semua pihak perlu menerima dan menghormati sebarang keputusan yang dibuat oleh mahkamah.

Semalam, Mahkamah Tinggi menolak permohonan semakan kehakiman yang difailkan oleh Datuk Seri Najib bagi melaksanakan Titah Adendum dengan tujuan menjalani baki hukuman penjara melalui kaedah tahanan rumah.

Hakim Alice Loke Yee Ching memutuskan demikian selepas mendapati isu berkaitan pelaksanaan tahanan rumah tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan yang bersidang pada 29 Januari tahun lalu.

Mahkamah turut memutuskan bahawa Titah Adendum yang didakwa itu tidak sah dan tidak boleh dikuatkuasakan bagi tujuan menjalani hukuman penjara di bawah tahanan rumah di negara ini.

Dalam permohonan semakan kehakiman berkenaan, Najib memohon satu perintah mandamus bagi mengarahkan kerajaan melaksanakan titah tersebut dengan serta-merta, termasuk memindahkan beliau dari Penjara Kajang ke kediamannya untuk meneruskan hukuman penjara di bawah tahanan rumah.

Permohonan bagi pelaksanaan tahanan rumah itu dikemukakan pada 2024, susulan tindakan semakan kehakiman yang difailkan oleh bekas Perdana Menteri berkenaan.

Ia dibuat selepas Lembaga Pengampunan mengumumkan pengurangan hukuman penjara Najib daripada 12 tahun kepada enam tahun dalam kes SRC International, selain pengurangan jumlah denda daripada RM210 juta kepada RM50 juta.

Dalam afidavit sokongannya, Najib mendakwa kewujudan satu titah tambahan yang didakwa membenarkan beliau menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah, selain titah diraja utama yang memperuntukkan pengurangan hukuman.

Related Posts

Isu Rohingya: KP JKOM tinjau kawasan di Selayang teliti keluhan rakyat

SELAYANG – Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Mohd Hisyamuddin Ghazali mengadakan tinjauan sulung ke beberapa kawasan di Selayang yang mempunyai premis dan penempatan komuniti Rohingya bagi mendapatkan gambaran sebenar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perubahan berkesan bukan yang paling viral tapi bermanfaat buat rakyat

SEJAK kebelakangan ini, muncul suara-suara sinis yang mendakwa kerajaan hari ini tidak membawa perubahan besar kepada rakyat. Ada yang mengatakan semua pengumuman hanyalah kosmetik. Ada yang mendakwa kehidupan rakyat tetap…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Isu Rohingya: KP JKOM tinjau kawasan di Selayang teliti keluhan rakyat

Isu Rohingya: KP JKOM tinjau kawasan di Selayang teliti keluhan rakyat

Pas belum maafkan Bersatu, krisis Perlis terus hantui PN

Pas belum maafkan Bersatu, krisis Perlis terus hantui PN

Perubahan berkesan bukan yang paling viral tapi bermanfaat buat rakyat

Perubahan berkesan bukan yang paling viral tapi bermanfaat buat rakyat

MBI tawar diskaun 50 peratus kompaun, parkir dan bot percuma sempena ulang tahun Bandar Raya Ipoh ke-38

MBI tawar diskaun 50 peratus kompaun, parkir dan bot percuma sempena ulang tahun Bandar Raya Ipoh ke-38

MCMC arah CelcomDigi tingkat kualiti liputan perkhidmatan telekomunikasi di Kampung Tinagat, Tawau segera

MCMC arah CelcomDigi tingkat kualiti liputan perkhidmatan telekomunikasi di Kampung Tinagat, Tawau segera

Isu Dialog Datuk Bandar Sedunia di China: Amy Tnay perjelas status kehadiran

Isu Dialog Datuk Bandar Sedunia di China: Amy Tnay perjelas status kehadiran