Tiada keperluan gubal RUU pekerja domestik asing

PUTRAJAYA – Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R Ramanan menegaskan tiada keperluan untuk kerajaan menggubal rang undang-undang (RUU) baharu dalam perlindungan pekerja domestik asing.

Bagaimanapun, beliau bersetuju sekiranya berlaku pendekatan lebih sesuai melalui pindaan komprehensif pada Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 (Akta 452) yang bertujuan memasukkan pekerja domestik sebagai pekerja dengan perlindungan wajib.

Katanya, Akta Kerja 1955, Ordinan Buruh Sabah (Sabah Bab 67) dan Ordinan Buruh Sarawak (Sarawak Bab 76) ketika ini hanya memberikan perlindungan terhad kepada pekerja domestik asing.

Ia terutamanya tempoh notis penamatan 14 hari dan kewajipan majikan memaklumkan Jabatan Tenaga Kerja berhubung penggajian dan penamatan pekerja.

“Perlindungan tambahan, termasuk kadar gaji dan waktu bekerja, dilaksanakan melalui perjanjian persefahaman antara kerajaan dan pihak berkaitan.

“Malah, pekerja domestik asing juga dilindungi di bawah skim LINDUNG Pekerja di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969, yang mewajibkan pendaftaran dan caruman mandatori bagi majikan dan pekerja domestik, termasuk perlindungan di bawah skim bencana kerja,” katanya kepada Berita Harian.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan mengenai pendedahan kira-kira 100,000 pekerja domestik warga asing di negara ini tidak dilindungi KWSP.

Perkara itu dibangkitkan Pengerusi Persatuan Pekerja Rumah Tangga Indonesia Migran, Uli Rini, meskipun Rang Undang-Undang KWSP (Pindaan) 2025 yang bertujuan memperluas perlindungan KWSP kepada pekerja asing setaraf rakyat Malaysia sudah diluluskan Mac lalu.

Mengulas lanjut, Ramanan berkata kementeriannya berpandangan tiada keperluan untuk menggubal RUU baharu bagi isu perlindungan pekerja domestik asing, selaras dengan ketetapan yang dilaksanakan Akta Iltizam 2025.

“Akta ini menekankan penilaian dan penambahbaikan terhadap akta sedia ada,” katanya.

Tambah Ramanan, pelaksanaan sesi libat urus perlu bagi memastikan pelaksanaan berkesan.

“Ini termasuk sesi individu bersama agensi dan majikan untuk mendapatkan maklum balas spesifik serta cabaran penguatkuasaan di peringkat lapangan, serta sesi melalui National Labour Advisory Council bagi mendapatkan pandangan pemegang taruh.

“Hasil sesi ini akan membimbing penetapan hala tuju, keperluan peruntukan dan dasar rasmi yang berpandukan prinsip Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa No. 189 – Domestic Workers Convention, 2011, dan akan diperiksa secara menyeluruh dalam kajian reformasi undang-undang yang sedang dijalankan,” katanya.

Related Posts

Anwar bayang pengumuman besar F1 Ahad ini, Sepang berpotensi kembali jadi tuan rumah

PERMATANG PAUH – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan perkembangan lanjut mengenai kemungkinan Malaysia kembali menjadi tuan rumah perlumbaan Formula Satu (F1) akan diumumkan pada Ahad ini. “Saya akan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar lulus RM2 juta bantu pendidikan anak India Muslim, tekan penguasaan AI dan teknologi

GEORGE TOWN:  Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluluskan peruntukan segera sebanyak RM2 juta bagi menyokong usaha Pertubuhan Kebajikan Masyarakat India Muslim Malaysia (MUKMIN). Anwar berkata, peruntukan tersebut bagi membantu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

NTW 2026 meluaskan peluang latihan, perkasakan kemahiran tenaga kerja negara

NTW 2026 meluaskan peluang latihan, perkasakan kemahiran tenaga kerja negara

‘Sanusi tak perlu datang, sekiranya main isu kaum, agama’ – Zahid

‘Sanusi tak perlu datang, sekiranya main isu kaum, agama’ – Zahid

Anwar bayang pengumuman besar F1 Ahad ini, Sepang berpotensi kembali jadi tuan rumah

Anwar bayang pengumuman besar F1 Ahad ini, Sepang berpotensi kembali jadi tuan rumah

Anwar yakin Jemaah Menteri setuju laporan RCI Tabung Haji didedah kepada umum

Anwar yakin Jemaah Menteri setuju laporan RCI Tabung Haji didedah kepada umum

Dua pelajar perempuan ditemukan meninggal dunia di flat Sungai Pari

  • By Aden
  • July 25, 2026
Dua pelajar perempuan ditemukan meninggal dunia di flat Sungai Pari

RM50,000 diperuntuk bagi kelas tuisyen dan gajet percuma pelajar Mukah

RM50,000 diperuntuk bagi kelas tuisyen dan gajet percuma pelajar Mukah