Titah Adendum: Keputusan selaras Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan

KEPUTUSAN Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan berkaitan Titah Adendum bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah selaras dengan kehendak Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan, kata pengamal undang-undang, Muhammad Zaim Azfar Jalaludin.

Beliau berkata, secara prinsipnya, keputusan mahkamah dibuat berdasarkan dapatan bahawa isu Titah Adendum berhubung penempatan tahanan rumah tidak pernah diputuskan atau dibincangkan dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan.

“Apabila hakim menyatakan isu adendum itu tidak pernah diputuskan oleh Lembaga Pengampunan, maka itulah asas keputusannya untuk menolak permohonan tersebut.

“Berdasarkan bukti yang dikemukakan oleh Peguam Negara, tiada langsung bukti menunjukkan isu tahanan rumah pernah dibincangkan dalam suatu prosiding yang sah,” katanya ketika dihubungi The Malaysia Press, pada Selasa.

Mengulas lanjut, Muhammad Zaim berkata, Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa sebarang keputusan berkaitan pengampunan hendaklah dibuat berdasarkan nasihat Lembaga Pengampunan.

“Kata kunci dalam peruntukan ini ialah ‘mesti mendapatkan nasihat’. Jika sesuatu keputusan, termasuk berkaitan penempatan tahanan rumah, dikeluarkan tanpa perkara itu dibincangkan dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan, maka dari sudut proses undang-undang, nasihat tersebut sebenarnya tidak wujud,” jelasnya.

Sehubungan itu, beliau berpandangan keputusan Mahkamah Tinggi yang menyatakan keputusan berkenaan tidak sah adalah tepat dari sudut undang-undang.

Muhammad Zaim turut menjelaskan bahawa dalam kes-kes Najib yang terdahulu, termasuk pengurangan hukuman penjara daripada 12 tahun kepada enam tahun serta pengurangan denda daripada ratusan juta ringgit kepada RM50 juta, perkara tersebut dibincangkan dan diputuskan dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan.

“Namun isu berkaitan tahanan rumah tidak pernah dibincangkan. Apabila ia tidak dibincangkan, ini bermakna keputusan dibuat tanpa melalui proses yang ditetapkan di bawah Perkara 42,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata terdapat pandangan yang mencadangkan supaya isu berkenaan dikemukakan semula melalui permohonan pengampunan baharu.

“Apabila timbul isu teknikal seperti ini, penyelesaiannya ialah dengan mengemukakan permohonan baharu mengikut prosedur yang ditetapkan oleh institusi negara,” katanya.

Ujarnya, kes ini merupakan yang pertama seumpamanya dan melibatkan kepentingan institusi tertinggi negara, sekali gus menjadikannya isu besar yang mendapat perhatian umum.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam, memutuskan Najib kekal menjalani baki hukuman penjara di Penjara Kajang selepas disabitkan kesalahan penyelewengan dana berjumlah RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Hakim Alice Loke Yee Ching menolak permohonan semakan kehakiman yang dikemukakan oleh Najib, yang juga bekas Presiden UMNO, bagi memaksa kerajaan serta enam pihak lain melaksanakan Titah Adendum.

Keputusan itu dibuat selepas mahkamah berpuas hati bahawa isu berkaitan penempatan tahanan rumah tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan yang bersidang pada 29 Januari tahun lalu.

Related Posts

Pendaki Croatia hilang di Gunung Kinabalu ditemukan selamat

KOTA KINABALU – Seorang pendaki warga Croatia yang dilaporkan hilang selepas terjatuh ketika mendaki Gunung Kinabalu ditemukan masih hidup pada hari kedua operasi mencari dan menyelamat (SAR), Isnin. Menurut laporan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Mekanisme ASEAN perlu ditambah baik tangani jerebu rentas sempadan – Anwar

PUTRAJAYA– Mekanisme ASEAN dalam menangani pencemaran jerebu rentas sempadan perlu diperkasa secara holisik bagi memastikan isu pembakaran hutan dan aktiviti perladangan yang memberi kesan kepada negara jiran tidak terus berulang.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pendaki Croatia hilang di Gunung Kinabalu ditemukan selamat

  • By Ezmie
  • September 8, 2026
Pendaki Croatia hilang di Gunung Kinabalu ditemukan selamat

Borneo Bird Run kembali selepas tujuh tahun, sasar semarak kesedaran alam sekitar

  • By Fandi
  • September 8, 2026
Borneo Bird Run kembali selepas tujuh tahun, sasar semarak kesedaran alam sekitar

Pusat Khidmat Parlimen Miri sumbang cermin mata percuma kepada pelajar sekolah

Pusat Khidmat Parlimen Miri sumbang cermin mata percuma kepada pelajar sekolah

Kerajaan Sabah terus perjuangan tuntut 40 peratus hak negeri

  • By Fatin
  • September 8, 2026
Kerajaan Sabah terus perjuangan tuntut 40 peratus hak negeri

Layakkah Pas digelar parti ‘syurga’?

Layakkah Pas digelar parti ‘syurga’?

Lima prinsip asas perlu jadi pegangan ahli politik

Lima prinsip asas perlu jadi pegangan ahli politik