Cadangan tahanan rumah perlu dibahas di Parlimen

PUTRAJAYA – Keperluan cadangan memperkenalkan mekanisme tahanan rumah melalui proses perbahasan berperingkat di Parlimen bagi memastikan keadilan dan kepentingan awam terpelihara.

Ketua Cabang PKR Hang Tuah Jaya, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, isu berkenaan bukan perkara kecil dan harus dihuraikan dengan penuh empati, kebijaksanaan serta kematangan bersama.

Mengulas mengenai perasaan dan kegusaran dirasai bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung keputusan mahkamah pada Isnin, Shamsul Iskandar berpendapat bahawa sebarang bentuk pelaksanaan hukuman atau kaedah penahanan tidak boleh dipisahkan daripada peruntukan undang-undang serta proses kehakiman yang ditetapkan oleh negara.

“Untuk konteks, isu tahanan rumah bukanlah perkara baharu dalam sejarah Malaysia. Pada 2016, kerajaan ketika itu secara rasmi menyatakan bahawa negara belum mempunyai peruntukan undang-undang khusus bagi melaksanakan tahanan di rumah.

“Atas asas itu, cadangan agar Datuk Seri Anwar Ibrahim menjalani hukuman dalam bentuk tahanan rumah tidak dapat dilaksanakan, meskipun terdapat pertimbangan dari sudut kesihatan dan kemanusiaan.

“Pendekatan tersebut mencerminkan satu prinsip penting dalam negara hukum bahawa undang-undang mesti diterapkan secara konsisten tanpa mengira individu, kedudukan atau latar belakang politik,” katanya menerusi kenyataan, pada Selasa.

Dalam suasana yang sensitif ketika ini, Shamsul Iskandar berpandangan, semua pihak perlu menahan diri termasuk rakan-rakan DAP dan UMNO.

Jelasnya, wajar bagi semua pihak menunjukkan kematangan politik dengan tidak menzahirkan sebarang reaksi atau kenyataan yang boleh ditafsirkan sebagai meraikan keputusan mahkamah.

“Keputusan kehakiman menyentuh emosi, maruah institusi dan rasa keadilan rakyat. Sewajarnya ia ditanggapi dengan penuh tanggungjawab serta empati, ini tidak bermakna ruang perbincangan, simpati atau pembaharuan tertutup.

“Marilah kita semua tanpa mengira parti atau fahaman untuk mengekalkan ketenangan, adab dan rasa hormat terhadap institusi negara, proses undang-undang serta perasaan sesama rakyat.

“Perbezaan pandangan tidak seharusnya menghilangkan nilai kemanusiaan dan kebersamaan sebagai sebuah bangsa,” katanya.

Pada Isnin, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Najib untuk memaksa kerajaan melaksanakan Titah Adendum supaya beliau dapat menjalani baki hukuman penjara di rumah.

Hakim, Alice Loke Yee Ching memutuskan demikian mendapati titah itu tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan ke-61 untuk membenarkan Najib, 72, menjalani hukuman penjara di kediaman sendiri.

Menurutnya, titah itu tidak dibuat mengikut tatacara Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan kerana isu tahanan rumah tidak diputuskan dalam mesyuarat berkenaan.

Kata beliau lagi, permohonan tersebut tidak boleh dilaksanakan kerana tiada peruntukan undang-undang bagi mekanisme itu dijalankan di negara ini.

Beberapa jam selepas itu, Setiausaha Publisiti DAP, Yeo Bee Yin membuat hantaran di media sosialnya seakan-akan ‘meraikan’ keputusan mahkamah.

Hantaran itu mendapat perhatian seluruh ahli UMNO termasuk Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang secara ringkas menegaskan, ‘jangan menyimbah minyak pada api yang sedang marak’.

Setiausaha Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir turut menegur sikap Bee Yin dengan mengatakan tindakan wakil rakyat DAP itu tidak wajar kerana keputusan mahkamah melibatkan penderitaan dan kesan besar terhadap individu serta keluarga terlibat.

Dalam pada itu, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh juga dengan lantang menggesa supaya parti menarik balik sokongan daripada kerajaan sekarang.

Related Posts

Malaysia tetap pertahan prinsip negara walau ada hubungan baik bersama kuasa besar

MUAR – Hubungan baik dengan kuasa besar dunia seperti China dan Amerika Syarikat tidak pernah menghakis pendirian Malaysia dalam mempertahankan prinsip nasional berkaitan isu di peringkat antarabangsa. Perdana Menteri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia sambut baik persefahaman AS-Iran demi keamanan Asia Barat

KUALA LUMPUR – Malaysia menyambut baik perkembangan positif hubungan antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran susulan persefahaman yang dicapai kedua-dua negara ke arah menamatkan permusuhan di Asia Barat. Perdana Menteri,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sorok syabu dalam beg silang, lelaki 28 tahun dicekup di Kabong

Sorok syabu dalam beg silang, lelaki 28 tahun dicekup di Kabong

Selangor, Sarawak jalin kerjasama bangunkan industri kreatif

Selangor, Sarawak jalin kerjasama bangunkan industri kreatif

13,000 Rohingya direkodkan di Kelantan, keselamatan negeri terkawal

13,000 Rohingya direkodkan di Kelantan, keselamatan negeri terkawal

324 pesara terima insentif khas RM4,000 daripada Kerajaan Negeri Perak

324 pesara terima insentif khas RM4,000 daripada Kerajaan Negeri Perak

Baucar Kita Selangor kembali 23 Jun, perluas manfaat kepada lebih ramai penerima

Baucar Kita Selangor kembali 23 Jun, perluas manfaat kepada lebih ramai penerima

Peneroka FELDA rugi lebih RM6,000 lembu dibaham harimau

Peneroka FELDA rugi lebih RM6,000 lembu dibaham harimau