Artikel imbau cubaan rasuah Dr Zaliha disalah tafsir – Bekas SUPOL

PUTRAJAYA – Bekas Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Dr Dr Zaliha Mustafa, Sivamalar Genapathy tampil menjelaskan artikel penghargaan peribadi yang didakwa telah disalah tafsir serta dipetik di luar konteks hingga mencetuskan spekulasi awam mengenai dakwaan percubaan rasuah tidak dilaporkan.

Sivamalar menegaskan, artikel berkenaan tidak pernah bertujuan menuduh sebarang salah laku atau mencadangkan berlakunya penglibatan tidak wajar sebaliknya ditulis semata-mata untuk menonjolkan integriti dan kepimpinan Dr Zaliha.

Katanya, salah faham itu timbul apabila sebahagian kecil artikel tersebut dipetik tanpa konteks dan tular di media sosial sehingga menimbulkan pelbagai tafsiran tidak tepat.

“Insiden yang dirujuk dalam artikel itu berlaku kira-kira dua tahun lalu selepas Dr Zaliha menjawat jawatan Menteri Kesihatan dan mengumumkan perancangan kementerian untuk menggubal undang-undang berkaitan produk merokok dan vape.

“Pengumuman tersebut menimbulkan reaksi bercampur-campur kerana terdapat pihak yang tersalah anggap ia melibatkan larangan sepenuhnya menyebabkan kebimbangan dalam kalangan pemain industri dan pihak berkepentingan.

“Dalam tempoh seminggu selepas pengumuman itu, terdapat beberapa pihak yang cuba menghubungi pejabat menteri termasuk permintaan untuk mengadakan pertemuan,” katanya menerusi kenyataan, pada Selasa.

Mengulas lanjut, beliau menjelaskan, dalam satu kejadian ketika menguruskan pelawat di lobi, terdapat individu atau kumpulan memohon untuk bertemu Dr Zaliha dan menyatakan hasrat untuk merundingkan penarikan balik cadangan rang undang-undang tersebut dengan bayangan tawaran tertentu.

“Perkara itu segera dimaklumkan kepada Dr Zaliha yang kemudian menolak permintaan berkenaan secara tegas dan mengarahkan supaya individu terbabit beredar.

“Datuk Seri Dr Zaliha tidak pernah bertemu mereka dan tidak melayan sebarang perbincangan sedemikian. Artikel tribute saya itu sekadar mengimbau kembali insiden berkenaan dan sebarang tafsiran lain adalah tidak tepat serta berpunca daripada salah petikan,” katanya.

Sivamalar memaklumkan, keutamaan Kementerian Kesihatan pada ketika itu adalah membetulkan salah faham awam dan memastikan pihak berkepentingan memahami dengan jelas tujuan serta skop cadangan undang-undang berkenaan melalui libat urus berstruktur.

Sivamalar berkata, berdasarkan penilaiannya ketika itu, tiada sebarang tawaran rasuah yang jelas atau serius sehingga memerlukan laporan segera kepada pihak berkuasa.

“Sekiranya terdapat cubaan rasuah yang nyata dan jelas, ia pasti akan dilaporkan tanpa sebarang keraguan. Isu berkenaan yang kini telah diambil di luar konteks.

“Justeru, saya akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi meletakkan fakta penuh di rekod rasmi dan bersedia memberikan penjelasan lanjut sekiranya diperlukan,” katanya.

Related Posts

MTEN perkukuh persediaan negara berdepan El Nino

KUALA LUMPUR – Usaha meningkatkan tahap kesiapsiagaan komuniti dalam menghadapi fenomena El Nino perlu diberi keutamaan kerana tindakan pencegahan dan persediaan rapi mampu mengurangkan impak cuaca ekstrem yang semakin sukar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia, Turkmenistan perluas kerjasama strategik bagi jamin bekalan tenaga

KUALA LUMPUR – Malaysia terus mempergiat usaha memperkukuh keselamatan tenaga negara melalui beberapa kerjasama strategik di peringkat antarabangsa, termasuk perjanjian hidrokarbon jangka panjang dengan Turkmenistan yang dijangka dimeterai pada 19…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MTEN perkukuh persediaan negara berdepan El Nino

MTEN perkukuh persediaan negara berdepan El Nino

SBST Sabah terima reaksi positif pelbagai pihak – Vivian

SBST Sabah terima reaksi positif pelbagai pihak – Vivian

Malaysia, Turkmenistan perluas kerjasama strategik bagi jamin bekalan tenaga

Malaysia, Turkmenistan perluas kerjasama strategik bagi jamin bekalan tenaga

Jabatan Pertanian Perak perkasa wanita dalam sektor pertanian

Jabatan Pertanian Perak perkasa wanita dalam sektor pertanian

KDN tegaskan DPP bukan laluan peroleh kewarganegaraan atau PR

KDN tegaskan DPP bukan laluan peroleh kewarganegaraan atau PR

Perikatan Nasional kini jadi rebutan Pas dan Bersatu

Perikatan Nasional kini jadi rebutan Pas dan Bersatu