Penduduk gempar bunyi letupan misteri di parkir pangsapuri

NILAI – Penghuni di Pangsapuri Desa Palma, Nilai digemparkan dengan kejadian letupan yang berlaku di kawasan tempat letak kenderaan pangsapuri itu pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Nilai, Deputi Superintenden Mohamad Asiff Jamaldin berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu sekitar pukul 6.33 pagi melalui panggilan kecemasan MERS 999.

Katanya, seorang lelaki memaklumkan terdapat objek meletup serta serpihan paku bertaburan di atas jalan.

“Pengadu turut memaklumkan beberapa buah kenderaan yang berada di lokasi kejadian dipercayai mengalami kerosakan akibat terkena serpihan letupan berkenaan.

“Susulan maklumat diterima, sepasukan anggota polis daripada Unit Kereta Peronda (MPV) telah diarahkan ke lokasi bagi menjalankan tindakan awal untuk kawalan keselamatan.

“Pada masa sama, kita turut mendapatkan bantuan bomba bagi membantu siasatan,” katanya menerusi kenyataan kepada The Malaysia Press (TMP), pada Isnin.

Mengulas lanjut, Mohamad Asiff berkata, kes masih lagi dalam siasatan terperinci oleh pihak polis, termasuk mengenal pasti objek yang meletup

Beliau memaklumkan, setakat ini tiada sebarang tangkapan dibuat di samping tiada rampasan dilaporkan.

“Polis juga sedang mengenal pasti suspek yang terbabit dalam kejadian dan Ibu Pejabat Kontinjen Negeri Sembilan akan memberikan maklumat lanjut berkaitan kes ini.

“Sehubungan itu, orang ramai diminta untuk tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian,” katanya.

Related Posts

Young Syefura jumpa polis, JPJ isu pacuan empat roda muatan durian laju

BENTONG – Kebimbangan pengguna jalan raya, khususnya di laluan Mempaga, Bentong terhadap sikap segelintir pemandu kenderaan pacuan empat roda membawa muatan durian yang didakwa memandu secara berbahaya mendapat perhatian Ahli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Politik Pas menyerupai Machiavellian, bukan berteraskan Islam -Tun Faisal

KETUA Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Tun Faisal Ismail Aziz mendakwa pendekatan politik Pas lebih menyerupai prinsip Machiavellian, bukannya berteraskan Islam. Prinsip Machiavellian merujuk kepada pendekatan politik yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Young Syefura jumpa polis, JPJ isu pacuan empat roda muatan durian laju

Young Syefura jumpa polis, JPJ isu pacuan empat roda muatan durian laju

Politik Pas menyerupai Machiavellian, bukan berteraskan Islam -Tun Faisal

Politik Pas menyerupai Machiavellian, bukan berteraskan Islam -Tun Faisal

Ziarah Rohani buka ruang hayati sejarah tokoh ulama, agamawan

Ziarah Rohani buka ruang hayati sejarah tokoh ulama, agamawan

Maritim Sandakan patah cubaan seludup petrol subsidi di Sungai Sabine

Maritim Sandakan patah cubaan seludup petrol subsidi di Sungai Sabine

Subkontraktor dituduh jalankan urus niaga haram, miliki senjata api

Subkontraktor dituduh jalankan urus niaga haram, miliki senjata api

Dua beradik perlu RM120,000 pembedahan implan koklea

Dua beradik perlu RM120,000 pembedahan implan koklea