PM Anwar seru rakyat Malaysia terus teguh bersama Gaza

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru seluruh rakyat Malaysia agar terus berdiri teguh bersama Gaza dan rakyat Palestin, sambil menegaskan komitmen negara menyokong usaha kemanusiaan walaupun berdepan tekanan kuasa besar dunia.

Menerusi satu hantaran di Facebook, beliau berkata, ketika sebahagian negara memilih untuk membisu atau menghukum pihak yang bersuara menentang kezaliman rejim Zionis, Malaysia tampil secara terbuka menyokong misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla ke Gaza.

Menurutnya, serangan Israel terhadap flotilla berkenaan pada 2 Oktober lalu serta penahanan sukarelawan kemanusiaan, termasuk 23 rakyat Malaysia, mendorong kerajaan bertindak pantas tanpa sebarang kelewatan.

“Setiap saat dimanfaatkan untuk merangka strategi, menggerakkan saluran diplomatik dan memastikan keselamatan mereka menjadi keutamaan mutlak negara,” katanya.

Beliau memaklumkan bahawa rundingan di peringkat tertinggi melibatkan Turkiye, Mesir, Jordan dan Amerika Syarikat akhirnya membuahkan hasil apabila semua sukarelawan Malaysia dibebaskan dengan selamat.

Kesemua mereka dilaporkan selamat kembali ke tanah air pada 7 Oktober lalu, sekali gus membawa kelegaan dan kegembiraan kepada rakyat Malaysia yang mengikuti perkembangan tersebut dengan penuh harapan.

Anwar turut menzahirkan penghargaan terhadap keberanian para sukarelawan yang sanggup meredah lautan demi memperjuangkan nasib rakyat Palestin, meskipun berdepan layanan biadab sepanjang dalam tahanan Israel.

“Keberanian dan keteguhan jiwa mereka adalah cerminan kekuatan solidariti Malaysia terhadap perjuangan kemanusiaan sejagat,” katanya.

Beliau berharap semangat dan keberanian itu akan terus menyala dalam kalangan rakyat Malaysia serta menjadi panduan untuk terus berdiri bersama Gaza sehingga keadilan dapat ditegakkan dan Palestin mencapai kemerdekaan yang sebenar.

Terdahulu, pelayaran GSF melibatkan penyertaan sukarelawan dari 45 negara yang membawa bantuan makanan, ubat-ubatan serta mesej keamanan, dengan sokongan antarabangsa merangkumi Eropah, Asia, Afrika Selatan, Amerika Latin dan Asia Barat.

Dalam misi berkenaan, seramai 23 aktivis rakyat Malaysia ditahan oleh tentera rejim Zionis selepas kapal yang dinaiki mereka dipintas di perairan Zon Merah R3 di Laut Mediterranean sebelum dibawa ke pelabuhan Ashdod, Israel.

Related Posts

Tiada pihak wajar dipinggirkan dalam pentadbiran negara, politik kebencian perlu ditolak

PUTRAJAYA – Malaysia harus terus berpaksikan prinsip masyarakat majmuk seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan serta menolak sebarang bentuk politik kebencian berasaskan kaum. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pentadbiran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jurutera arahan AI disasar di setiap NADI seluruh negara – Fahmi

PUTRAJAYA – Kementerian Komunikasi mencadangkan satu inisiatif baharu bagi melahirkan sekurang-kurangnya seorang jurutera arahan kecerdasan buatan (AI) atau prompt engineer di setiap Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di seluruh negara.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PH Sabah belum putuskan penggunaan logo pilihan raya

PH Sabah belum putuskan penggunaan logo pilihan raya

Penunggang motosikal cedera dalam kemalangan kendiri di Jalan Poyan Jaya

Penunggang motosikal cedera dalam kemalangan kendiri di Jalan Poyan Jaya

Jangan terpengaruh anasir luar, isu Kampung Gayan Sibugal sudah selesai

Jangan terpengaruh anasir luar, isu Kampung Gayan Sibugal sudah selesai

PKR Sabah perkukuh struktur organisasi, siap sedia bantu jentera PRN Johor, Negeri Sembilan

PKR Sabah perkukuh struktur organisasi, siap sedia bantu jentera PRN Johor, Negeri Sembilan

Sabah sambut baik pandangan PM, pastikan rakyat tempatan nikmati pertumbuhan industri pelancongan

Sabah sambut baik pandangan PM, pastikan rakyat tempatan nikmati pertumbuhan industri pelancongan

Kemalangan 6 sekeluarga maut: Reman pemandu lori ditolak

Kemalangan 6 sekeluarga maut: Reman pemandu lori ditolak