Malaysia anjur Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN tangani isu Kemboja-Thailand

PUTRAJAYA – Malaysia selaku Pengerusi ASEAN akan menganjurkan Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN mengenai situasi terkini antara Kemboja dan Thailand di Kuala Lumpur, pada Isnin.

Kementerian Luar (Wisma Putra) berkata, mesyuarat khas itu adalah susulan kepada persetujuan dicapai Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Kemboja dan Thailand pada 11 Disember lalu.

“Mesyuarat Khas itu akan dipengerusikan Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan. Ia akan memberikan satu wadah kepada Menteri Luar ASEAN untuk bertukar pandangan mengenai situasi semasa antara Kemboja dan Thailand.

“Pada masa sama, mempertimbangkan langkah boleh diambil ASEAN bagi menyokong usaha berterusan untuk meredakan ketegangan dan menghentikan permusuhan, demi keamanan serta kestabilan antara kedua-dua negara anggota ASEAN itu dan rantau ini secara keseluruhan,” katanya menerusi kenyataan, pada Ahad.

Dalam pada itu, Wisma Putra berkata, penganjuran mesyuarat khas itu mencerminkan komitmen terhadap perpaduan dan solidariti ASEAN, serta pematuhan kepada Kepusatan ASEAN.

Katanya, ini dilakukan dalam memastikan keamanan, kestabilan dan kemakmuran serantau, selaras Piagam ASEAN dan Triti Persahabatan dan Kerjasama di Asia Tenggara (TAC).

“Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia kekal komited memainkan peranan yang konstruktif dalam memudah cara dialog berlandaskan semangat ASEAN.

“Dalam hal itu, untuk membantu kedua-dua pihak supaya terus menjunjung prinsip undang-undang antarabangsa, hubungan kejiranan yang baik termasuk kewujudan bersama secara aman.

“Selain itu, perlu mengangkat prinsip kerjasama dua hala dan pelbagai hala ke arah mencapai penyelesaian yang aman, adil serta berkekalan terhadap sebarang pertikaian,” katanya.

Related Posts

Anwar saman Tuan Ibrahim berhubung dakwaan kenyataan fitnah

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan saman fitnah terhadap Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, berhubung kenyataan yang didakwa dibuat ketika satu ceramah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar saman Tuan Ibrahim berhubung dakwaan kenyataan fitnah

Anwar saman Tuan Ibrahim berhubung dakwaan kenyataan fitnah

Rozabil balas sindiran bekas MB, ungkit Pas tinggalkan MN

Rozabil balas sindiran bekas MB, ungkit Pas tinggalkan MN

Anwar selamat menjalani pembedahan hernia, kini dalam proses pemulihan

Anwar selamat menjalani pembedahan hernia, kini dalam proses pemulihan

PN cadang sidang khas RCI Tabung Haji ditangguh susulan kesihatan PM

PN cadang sidang khas RCI Tabung Haji ditangguh susulan kesihatan PM

Bulan dan bintang hilang: Ke mana perginya para ‘Hero Malaya’?

Bulan dan bintang hilang: Ke mana perginya para ‘Hero Malaya’?

Pas fikir perpaduan, dia nampak setakat ibu jari kaki – Bekas MB Perlis

Pas fikir perpaduan, dia nampak setakat ibu jari kaki – Bekas MB Perlis