Haaland bantu City belasah West Ham

MANCHESTER City merampas kedudukan teratas Liga Perdana Inggeris untuk seketika selepas membelasah West Ham United 3-0, dengan Erling Haaland meledak dua gol sekali gus memintas rekod jaringan Cristiano Ronaldo dalam tempoh yang jauh lebih singkat.

Skuad kendalian Pep Guardiola kini mengumpul 37 mata selepas 17 perlawanan, satu mata di depan Arsenal yang berpeluang merampas semula kedudukan teratas apabila menentang Everton nanti.

West Ham pula terus bergelut di zon penyingkiran di tangga ke-18 dengan 13 mata.

Haaland membuka jaringan seawal minit kelima apabila pantas menyambar bola muntah selepas percubaan pertamanya hasil hantaran Phil Foden ditepis penjaga gol, Alphonse Areola.

City menggandakan kelebihan pada minit ke-38 menerusi Tijjani Reijnders sebelum Haaland melengkapkan dua gol peribadinya pada minit ke-69 dengan tolakan mudah susulan kelemahan pertahanan West Ham.

Jaringan itu adalah gol liga ke-104 Haaland bersama City, menyaksikan penyerang Norway itu memintas rekod Ronaldo yang mengumpul 103 gol dalam 236 penampilan Liga Perdana Inggeris, dengan Haaland mencapai angka itu hanya dalam 114 perlawanan.

Related Posts

Adeola hadiah emas pertama Malaysia di Sukan Asia Aichi-Nagoya

KOTA KINABALU – Atlet karate negara kelahiran Tambunan, Sabah, Adeola Fay Robert, mencipta sejarah apabila menghadiahkan pingat emas pertama Malaysia pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 di Jepun, hari ini. Atlet…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Skuad United dalam keadaan terlalu lemah

LEGENDA Manchester United, Wayne Rooney menyifatkan skuad The Red Devils ketika ini terlalu lemah selepas kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) itu mengharungi permulaan musim yang mengecewakan. Rooney berpendapat, pengurusan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar

90 tukun tiruan dilabuhkan di perairan Papar, manfaatkan nelayan setempat

  • By Ezmie
  • September 23, 2026
90 tukun tiruan dilabuhkan di perairan Papar, manfaatkan nelayan setempat