Skuad United dalam keadaan terlalu lemah

LEGENDA Manchester United, Wayne Rooney menyifatkan skuad The Red Devils ketika ini terlalu lemah selepas kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) itu mengharungi permulaan musim yang mengecewakan.

Rooney berpendapat, pengurusan United sepatutnya lebih agresif pada jendela perpindahan musim panas lalu bagi memperkuatkan pasukan untuk mengharungi saingan sengit musim ini.

Setakat ini, United hanya mencatat satu kemenangan daripada lima perlawanan pembukaan EPL, sekali gus terperosok di tangga ke-12 liga dan ketinggalan 10 mata di belakang pendahulu.

Prestasi hambar itu turut meningkatkan tekanan terhadap pengendali, Michael Carrick yang dilantik secara tetap pada musim panas lalu.

“Tekanan sentiasa ada dan Michael tahu perkara itu. Jika anda tidak memenangi perlawanan di Manchester United, tekanan akan datang walaupun selepas satu kekalahan.

“Permulaan musim ini bukan sesuatu yang ideal. Pada saya, ada beberapa perkara yang sepatutnya dilakukan kelab sebelum jendela perpindahan ditutup, terutama membawa masuk pemain kerana skuad ini agak lemah,” katanya kepada talkSPORT.

Bagaimanapun, Rooney percaya bekas rakan sepasukannya itu masih mampu memperbaiki keadaan sebaik saingan liga kembali bersambung selepas rehat antarabangsa.

“Dia perlu mencari jalan untuk mendapatkan lebih banyak daripada pemain yang ada dan membawa pasukan naik ke kedudukan lebih baik selepas rehat antarabangsa.

“Saya fikir rehat ini hadir pada waktu yang tepat. Dia sudah menunjukkan bahawa dia mampu mendapatkan keputusan daripada kumpulan pemain ini,” ujarnya.

Sepanjang jendela perpindahan musim panas, United membawa masuk Youri Tielemans, Carlos Baleba, Andrey Santos dan Karl Darlow.

Namun, tiada pemain pertahanan atau penyerang baharu dibawa masuk, manakala Marcus Rashford kembali ke dalam skuad selepas tamat tempoh pinjaman.

Related Posts

Infantino sedia bincang reformasi FIFA

PARIS – Presiden FIFA, Gianni Infantino mencadangkan badan bebas memantau proses membuat keputusan badan induk bola sepak dunia itu, dalam langkah yang berpotensi membantunya mendapatkan semula sokongan selepas rancangan pelaburan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Carrick berdepan tekanan, United hanya seri lawan Fulham

MANCHESTER United terselamat daripada kekalahan selepas terikat 1-1 menentang Fulham hasil jaringan penyamaan lewat Matheus Cunha, namun tekanan terhadap pengurusnya, Michael Carrick semakin memuncak susulan satu lagi persembahan hambar skuad…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Awang Hashim selesai cara baik, tarik balik kenyataan fitnah Anwar

Awang Hashim selesai cara baik, tarik balik kenyataan fitnah Anwar

Pertemuan MB, Exco dengan Tunku Nadzaruddin batal, media dihalang temui Ismail

Pertemuan MB, Exco dengan Tunku Nadzaruddin batal, media dihalang temui Ismail

Tiada usul undi tidak percaya terhadap PMX diterima – Johari

Tiada usul undi tidak percaya terhadap PMX diterima – Johari

Skuad United dalam keadaan terlalu lemah

Skuad United dalam keadaan terlalu lemah

Pemansuhan syarat ekuiti 30 peratus tidak jejas pemilikan Bumiputera dalam IPS

Pemansuhan syarat ekuiti 30 peratus tidak jejas pemilikan Bumiputera dalam IPS

Pemuliharaan Tebingan Batang Mukah jamin kelestarian, manfaat komuniti

Pemuliharaan Tebingan Batang Mukah jamin kelestarian, manfaat komuniti