Chelsea bangkit ikat Newcastle

NEWCASTLE United terpaksa berpuas hati berkongsi mata selepas diikat 2-2 oleh Chelsea dalam aksi Liga Perdana Inggeris yang menghiburkan di St James’ Park, awal pagi tadi.

Penyerang tuan rumah, Nick Woltemade tampil cemerlang pada separuh masa pertama dengan dua gol, namun kelebihan itu dipadamkan menerusi sepakan percuma Reece James dan gol penyamaan Joao Pedro.

Woltemade menebus kekecewaan selepas menjaringkan gol sendiri ketika kekalahan derbi kepada Sunderland minggu lalu apabila membuka jaringan seawal minit keempat hasil tolakan mudah selepas menyambar bola muntah, sebelum menggandakan kedudukan pada minit ke-20 menerusi hantaran Anthony Gordon.

Chelsea bangkit pada separuh masa kedua apabila kapten pasukan, Reece James merapatkan jurang empat minit selepas rehat dengan sepakan percuma lencong yang menewaskan penjaga gol Newcastle.

Usaha berterusan pasukan pelawat akhirnya membuahkan hasil pada minit ke-66 apabila Joao Pedro melepasi kawalan pemain lawan untuk menyempurnakan hantaran jauh dan mengikat kedudukan 2-2.

Newcastle hampir meraih kemenangan menerusi pemain gantian, Harvey Barnes, namun dua peluang keemasan gagal dimanfaatkan sekali gus memaksa kedua-dua pasukan berpuas hati dengan satu mata.

Related Posts

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman

JURGEN Klopp secara rasmi dilantik pengendali baharu Jerman dengan bekas pengendali Liverpool itu diberi tanggungjawab besar untuk mengembalikan kegemilangan gergasi bola sepak Eropah berkenaan. Pengumuman pelantikan itu dibuat Persekutuan Bola…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sepanyol kembali ke puncak ranking FIFA

SEPANYOL merampas kedudukan nombor 1 dunia daripada Argentina dalam ranking terbaharu Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) selepas Piala Dunia 2026. La Roja yang kehilangan kedudukan teratas pada April lalu, kembali menghuni…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman