Roll Call MADANI imbau kenangan lama peneroka

JERANTUT – Semangat ‘roll call’ yang suatu ketika dahulu menjadi nadi disiplin dan kekuatan warga FELDA kini kembali dihidupkan menerusi Program Roll Call MADANI.

Ia sebagai manifestasi penyatuan semula peneroka dengan agenda pembangunan tanah rancangan secara tersusun dan bersepadu.

Pengerusi Biro Sosial dan Komuniti FELDA Wilayah Jengka, Razak Daud berkata, amalan ‘roll call’ sejak awal pembukaan FELDA, membentuk disiplin tinggi dalam kalangan warga peneroka.

Ini kerana mereka diwajibkan hadir setiap pagi di pejabat rancangan bagi menerima taklimat kerja, menyelaras tugasan ladang serta mematuhi peraturan ditetapkan.

“Disiplin dan kesepaduan itu berjaya melahirkan peneroka yang produktif, sekali gus mengangkat ribuan keluarga keluar dari kepompong kemiskinan sehingga FELDA muncul sebagai model pembangunan luar bandar yang diiktiraf dan dikagumi dunia.

“Pengenalan Roll Call MADANI adalah simbolik untuk mengembalikan kesetiaan dan semangat kebersamaan antara peneroka dan FELDA.

“Selain itu, ia mengingatkan mereka agar tidak melupakan asal-usul serta jasa FELDA yang menjadi tonggak kehidupan sejak berdekad lalu,” katanya, lapor Utusan Malaysia.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Lantikan) Pahang, Haris Salleh Hamzah berkata, semangat pemuafakatan dizahirkan melalui program itu membolehkan peneroka membuat keputusan secara bersama, termasuk kesepakatan menghantar hasil sawit ke kilang FELDA.

Di samping itu, mereka juga bersetuju terhadap potongan hasil bagi menjayakan projek jalan pertanian, kemudahan kemasyarakatan dan bantuan bencana.

“Program Roll Call MADANI turut merangkumi Kempen Petikan Zero Buah Muda, bertujuan mengelakkan penuaian buah tidak matang yang menjejaskan kualiti hasil sawit, sekali gus meningkatkan kadar perahan minyak sehingga 23 peratus,” jelasnya.

Penyelaras Dewan Undangan Negeri Pulau Tawar, Norsarfinaz Mohd Azman memaklumkan, pihaknya berbangga dengan masyarakat FELDA yang tersusun rapi meskipun terdiri daripada penduduk pelbagai negeri dan latar daerah, namun mampu hidup bersatu padu sebagai satu komuniti berasaskan ikatan ukhuwah yang kukuh.

Related Posts

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

MIRI – Kesemua lima individu yang menaiki helikopter berdaftar 9M-LLF ditemukan maut di dalam bangkai pesawat yang terhempas dan terbakar di hujung landasan Lapangan Terbang Long Lellang pada petang Selasa.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

KOTA KINABALU – Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 Peringkat Negeri Sabah yang akan berlangsung pada 16 September ini sedang giat diselaraskan dengan kerjasama semua kementerian, jabatan dan agensi berkaitan. Pengerusi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

  • By Aden
  • September 9, 2026
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

  • By Ezmie
  • September 9, 2026
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan