Kuching disasar muncul bandar rendah karbon menjelang 2028 – Abang Johari

KUCHING –Kuching disasarkan muncul sebagai bandar rendah karbon menjelang 2028 selaras dengan pelaksanaan Sistem Transit Aliran Autonomi (ART) yang menjadi komponen utama transformasi hijau Sarawak.

Menurut Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg, pembangunan sistem ART bukan sekadar projek pengangkutan awam, sebaliknya sebahagian daripada perancangan menyeluruh kerajaan negeri bagi mengurangkan pelepasan karbon serta membentuk bandar yang lebih mampan dan mesra alam.

“Matlamat kita ialah menjadikan Kuching sebuah bandar rendah karbon. ART memainkan peranan penting kerana ia mengurangkan kebergantungan kepada kenderaan persendirian dan seterusnya mengurangkan kesesakan serta pencemaran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika lawatan dan sesi taklimat ke Tapak ART Hikmah Exchange Hub (Padang Pasir) pada Jumaat. 

Abang Johari berkata, kerajaan negeri turut menekankan pelaksanaan Green Building Index (GBI) dalam pembangunan bandar bagi memastikan projek baharu mematuhi piawaian kecekapan tenaga dan kelestarian alam sekitar.

Menurutnya, pendekatan tersebut selari dengan aspirasi global ke arah bandar hijau, sekali gus meletakkan Sarawak seiring dengan bandar-bandar maju di peringkat antarabangsa.

“Usaha ini bukan sahaja untuk generasi hari ini, tetapi demi masa depan Sarawak. Dunia sedang memberi perhatian terhadap bandar yang berupaya menyesuaikan pembangunan dengan keperluan alam sekitar,” ujarnya.

Beliau menegaskan bahawa perancangan rapi sedang dilaksanakan oleh Sarawak Metro bersama agensi berkaitan bagi memastikan sasaran 2028 dapat dicapai, termasuk penyelarasan antara kementerian dan pihak berkuasa tempatan.

Tambahnya, kejayaan agenda bandar rendah karbon ini akan menjadikan Kuching contoh kepada bandar-bandar lain di Malaysia dalam mengimbangi pembangunan, mobiliti dan kelestarian.

Related Posts

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

MIRI – Kesemua lima individu yang menaiki helikopter berdaftar 9M-LLF ditemukan maut di dalam bangkai pesawat yang terhempas dan terbakar di hujung landasan Lapangan Terbang Long Lellang pada petang Selasa.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

KOTA KINABALU – Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 Peringkat Negeri Sabah yang akan berlangsung pada 16 September ini sedang giat diselaraskan dengan kerjasama semua kementerian, jabatan dan agensi berkaitan. Pengerusi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

  • By Aden
  • September 9, 2026
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

  • By Ezmie
  • September 9, 2026
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan