Pengalaman, persiapan awal bantu Pahang cekap urus banjir

KUANTAN – Kecekapan pengurusan di pusat pemindahan sementara (PPS) adalah hasil persiapan awal dilakukan semua agensi berkaitan.

Selain pengalaman berdepan Monsun Timur Laut (MTL) saban tahun, mesyuarat penyelarasan dan pembahagian tugas diadakan dari semasa ke semasa bagi memastikan semua PPS beroperasi dengan baik.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dalam masa yang sama turut menjelaskan, kerjasama daripada penduduk terjejas banjir juga banyak menyumbang kepada prestasi cemerlang agensi terbabit dalam pengurusan bencana banjir di negeri ini.

“Kita pun memang ada pengalaman sebab Monsun Timur Laut boleh dikatakan setiap tahun melanda Pahang, cuma ada ketikanya pada skala kecil dan ada juga skala besar.

“Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat negeri juga selalu mengadakan pertemuan dan mesyuarat… semalam pun, jam 10 malam saya mempengerusikan mesyuarat pengurusan bencana negeri.

“Jadi, kita akan terus tambah baik lagi apa yang sudah kita lakukan sebelum ini,” katanya ketika ditemui selepas melawat penduduk terjejas banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Rangin, dekat sini.

Turut sama dalam lawatan itu, Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Mohd Shahar Abdullah; Naib Pengerusi Majlis Tindakan Sosial Pahang (MTSP), Mohd Kamil Ibrahim dan Pengerusi MTSP Parlimen Paya Besar, Mustaqim Zakaria.

Dalam perkembangan berkaitan, Wan Rosdy menasihati penduduk di kawasan berisiko banjir untuk terus peka dengan perkembangan cuaca dan pengumuman daripada pihak berkuasa.

Ia bagi memastikan tidak berlaku keadaan tidak diingini.

“Untuk gelombang pertama dan kedua, kita berjaya menguruskan dengan cemerlang… tapi masih ada empat atau lima lagi (gelombang) selepas ini.

“Saya nasihatkan mereka (penduduk) untuk mendengar setiap arahan daripada pihak berkuasa… kalau disuruh pindah, berpindahlah sebab kita ada banyak PPS yang diuruskan dengan baik.

“Paling utama adalah keselamatan nyawa penduduk… ini kita sering tekankan dan saya harap kerjasama baik sebelum ini dapat diteruskan jika berlaku lagi banjir selepas ini,” katanya.

Related Posts

10 kru warga asing gagal kemuka dokumen, vesel nelayan ditahan Maritim Malaysia

KOTA KINABALU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan menahan sebuah vesel nelayan tempatan selepas 10 kru warga asing di atas vesel itu gagal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jauteh seru warga PDRM sambut perubahan, manfaat teknologi demi tingkat kecekapan

KOTA KINABALU – Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Jikun menyeru seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) agar mengamalkan sikap terbuka terhadap setiap pembaharuan yang diperkenalkan dalam pasukan, selain memanfaatkan kemajuan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

10 kru warga asing gagal kemuka dokumen, vesel nelayan ditahan Maritim Malaysia

10 kru warga asing gagal kemuka dokumen, vesel nelayan ditahan Maritim Malaysia

Jauteh seru warga PDRM sambut perubahan, manfaat teknologi demi tingkat kecekapan

Jauteh seru warga PDRM sambut perubahan, manfaat teknologi demi tingkat kecekapan

PKR yakin Kerajaan MADANI kekal stabil, tolak cadangan bubar Parlimen jika DAP keluar Kabinet

PKR yakin Kerajaan MADANI kekal stabil, tolak cadangan bubar Parlimen jika DAP keluar Kabinet

Nelayan, komuniti maritim diingat tidak ambil mudah SOP keselamatan

Nelayan, komuniti maritim diingat tidak ambil mudah SOP keselamatan

Shahrudin tekankan integriti, penguatkuasaan adil dan kerjasama komuniti

Shahrudin tekankan integriti, penguatkuasaan adil dan kerjasama komuniti

Sheikh Omar desak hantaran persenda ‘tahlil Loke di Chennah’ dipadam

Sheikh Omar desak hantaran persenda ‘tahlil Loke di Chennah’ dipadam