RM1.5 juta diperuntuk tarik belia ceburi penternakan kambing di Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Sabah memperuntukkan RM1.5 juta bagi melaksanakan Program Mensejahterakan Ekonomi Penternak Kambing Sabah (MEPKAS) sebagai usaha menarik minat graduan dan golongan belia untuk menceburi sektor penternakan secara bersepadu.

Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, Datuk Jamawi Jaafar berkata, program itu akan dilaksanakan melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah (DVS Sabah) dengan fokus kepada agihan ternakan kambing serta peralatan sebagai modal permulaan kepada penternak, khususnya belia yang ingin memulakan kerjaya dalam bidang berkenaan.

“Pelaksanaan MEPKAS adalah susulan cadangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bengkoka bagi mewujudkan program berimpak yang mampu menjana pendapatan dan memperkukuh ekonomi belia luar bandar melalui sektor ternakan.

“Melalui MEPKAS, bantuan ternakan dan peralatan akan diberikan bagi membantu penternak memulakan operasi dengan lebih tersusun dan mampan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sesi Penggulungan Mesyuarat Penggal Pertama Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah yang Ke-17, di sini, pada Rabu.

Dalam pada itu, Jamawi memaklumkan DVS Sabah turut akan menganjurkan kursus penternakan secara percuma di Pusat Pengurusan Veterinar Tuaran, terbuka kepada semua penternak dan bakal penternak yang berminat bagi meningkatkan pengetahuan serta kemahiran teknikal.

“DVS Sabah juga menyokong pelaksanaan Program Agropreneur Muda di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan yang menyediakan geran berbentuk barangan bernilai sehingga RM30,000 kepada belia berumur antara 18 hingga 40 tahun.

“Dalam program ini, DVS Sabah berperanan sebagai agensi pelaksana dengan pegawai bertanggungjawab menjalankan pemantauan serta memberikan bimbingan teknikal kepada peserta bagi memastikan projek yang dilaksanakan berdaya maju,” jelasnya.

Tambahnya, inisiatif berkenaan selari dengan usaha Kerajaan Negeri untuk memperkasa penglibatan belia dalam sektor agromakanan sekali gus menjamin kelestarian industri penternakan di Sabah.

Related Posts

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

MIRI – Kesemua lima mangsa yang menaiki sebuah helikopter sewa khas bagi Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) disahkan maut selepas pesawat berkenaan terhempas di hujung landasan STOLport Long Lellang pada petang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

KUALA PERLIS – Lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar ditinggalkan di dalam sebuah sampan selepas dua lelaki dipercayai tekong dan awak-awak terjun ke kawasan berlumpur sebelum melarikan diri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar