Dana tabung Justice For Zara tidak disalah guna – Marhamah

TIADA dana yang disalah guna dalam pengurusan akaun Tabung Justice for Zara bagi menampung kos proses inkues, kata Marhamah Rosli.

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) itu menegaskan, selaku aktivis yang memulakan gerakan Justice for Zara, akaun tabung tersebut diasingkan sepenuhnya dan tidak bercampur dengan akaun lain pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang pernah dipengerusikan beliau.

Sebaliknya, beliau menjelaskan, tabung itu mempunyai penama tersendiri yang melibatkan ibu Zara Qairina Mahathir, beberapa peguam, serta jawatankuasa NGO.

Marhamah berkata, setakat 9 pagi hari ini, jumlah kutipan tabung berkenaan adalah RM254,995.92 dengan baki RM96,059.97 selepas mengambil kira perbelanjaan, termasuk kos pengangkutan dan penginapan saksi pakar serta keluarga Zara Qairina sepanjang persiapan dan perjalanan inkues.

“…Sepanjang proses inkues ini kami melibatkan beberapa saksi pakar, jadi kos pengangkutan dan penginapan mereka menggunakan tabung ini. Begitu juga kos pengangkutan dan penginapan keluarga Zara Qairina untuk menghadiri mesyuarat dan persiapan inkues turut ditanggung menggunakan tabung ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas selesai mengangkat sumpah jawatan pada Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan serta Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia di Istana Negara hari ini, lapor Bernama.

Pada masa sama Marhamah menegaskan, kutipan dana itu telah mendapat permit daripada Jabatan Ketua Menteri dan dimaklumkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sabah, selain laporan lengkap sehingga November 2025 telah disediakan.

“Kami memang bersedia untuk menyerahkan kepada pihak berkuasa (untuk diaudit),” katanya, sambil menambah baki dana sedia ada dijangka tidak mencukupi memandangkan proses inkues masih berjalan.

Sebelum ini, Marhamah antara individu terawal membantu memberi sokongan kepada Noraidah selepas anaknya, Zara Qairina, yang bersekolah di sebuah sekolah menengah agama di Papar, disahkan meninggal dunia pada 17 Julai lalu.

Zara Qairina yang juga pelajar tingkatan satu sebelum itu ditemui tidak sedarkan diri di bawah bangunan asrama sekolah tersebut.

Related Posts

PRU16 wajar selepas rakyat rasai kesan pemulihan ekonomi – Hassan Karim

AHLI Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim menggesa PKR supaya tidak berputus asa susulan kekalahan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, sebaliknya bangkit menyusun semula strategi bagi menghadapi Pilihan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PMK 2026 himpun pelbagai agensi, mudahkan rakyat akses perkhidmatan

SHAH ALAM – Program MADANI Kita (PMK) 2026 menjadi platform penting untuk memastikan dasar dan inisiatif kerajaan bukan sekadar diumumkan, sebaliknya dapat dirasai secara langsung oleh rakyat melalui penyampaian pelbagai…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRU16 wajar selepas rakyat rasai kesan pemulihan ekonomi – Hassan Karim

PRU16 wajar selepas rakyat rasai kesan pemulihan ekonomi – Hassan Karim

PH kaji kekalahan PRN, rangka strategi baharu

PH kaji kekalahan PRN, rangka strategi baharu

Projek Empangan Air RM450.5 juta ikut jadual, siap 2027

Projek Empangan Air RM450.5 juta ikut jadual, siap 2027

Pahang rekod kadar penyertaan tenaga buruh tertinggi di Pantai Timur

Pahang rekod kadar penyertaan tenaga buruh tertinggi di Pantai Timur

Trump tangguh rancangan serang Iran

Trump tangguh rancangan serang Iran

PMK 2026 himpun pelbagai agensi, mudahkan rakyat akses perkhidmatan

PMK 2026 himpun pelbagai agensi, mudahkan rakyat akses perkhidmatan