Air mula surut di tiga kampung di Debak, tiada pemindahan setakat ini

DEBAK – Tiga kampung di sekitar Debak dikenal pasti terjejas akibat banjir susulan hujan berterusan, namun keadaan dilaporkan terkawal dengan trend air menunjukkan penurunan.

Menurut kenyataan Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak, rondaan dan pemantauan dijalankan pada Isnin dari 10.46 pagi hingga 12.48 tengah hari melibatkan Kampung Babu, Kampung Bungey dan Kampung Lalang Debak.

“Hasil pemantauan mendapati dua buah rumah serta sebuah rumah panjang terlibat, selain jalan utama turut dinaiki air dengan paras anggaran setinggi satu kaki,” menurut kenyataan itu.

Bagaimanapun, setakat laporan dikeluarkan, paras air didapati surut, keadaan terkawal dan tiada pemindahan penduduk dilakukan.

Ketika rondaan dijalankan, keadaan cuaca dilaporkan hujan.

Operasi diketuai PBK II (TBK I) Abang Jamadilhir Abang Mostafa bersama-sama anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong, dengan penggunaan sebuah jentera Emergency Medical Rescue Services (EMRS) melibatkan dua anggota.

Pihak bomba akan terus memantau keadaan dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan penduduk setempat.

Related Posts

Sibu bakal distruktur semula berteraskan ekonomi rendah karbon – Abang Johari

SIBU- Sarawak merancang untuk menstruktur semula pembangunan Bandar Sibu menerusi pendekatan baharu berteraskan ekonomi hijau dan rendah karbon bagi memastikan ia terus berdaya saing. Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MPAJ keluar empat kompaun ke atas 13 rumah urut di Ampang

AMPANG: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) mengeluarkan empat kompaun dalam Operasi Bersepadu Pemeriksaan Premis Rumah Urut baru-baru ini. Operasi itu dijalankan bersama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Pejabat Agama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sibu bakal distruktur semula berteraskan ekonomi rendah karbon – Abang Johari

Sibu bakal distruktur semula berteraskan ekonomi rendah karbon – Abang Johari

MPAJ keluar empat kompaun ke atas 13 rumah urut di Ampang

MPAJ keluar empat kompaun ke atas 13 rumah urut di Ampang

24 KIR eKasih terima bantuan Sejahtera MADANI perkasa pendapatan

24 KIR eKasih terima bantuan Sejahtera MADANI perkasa pendapatan

Empat penunggang RXZ maut, kemalangan babit 13 kenderaan

Empat penunggang RXZ maut, kemalangan babit 13 kenderaan

Pejabat Daerah Kecil Debak baharu bernilai RM8.89 juta perkukuh penyampaian perkhidmatan awam

Pejabat Daerah Kecil Debak baharu bernilai RM8.89 juta perkukuh penyampaian perkhidmatan awam

Tengku Hassanal berkenan rasmi Kompleks Belia dan Sukan Pahang

Tengku Hassanal berkenan rasmi Kompleks Belia dan Sukan Pahang