Wanita maut motosikal dilanggar kereta Honda

KUANTAN – Seorang wanita maut selepas motosikal ditunggangnya dirempuh sebuah kereta ketika keluar dari simpang di KM3, Jalan Bentong–Raub, dekat Bentong, lewat tengah malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.50 tengah malam itu, mangsa, Tengku Aida Nazura Tengku Ahmat, 26, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, pemandu kereta jenis Honda City yang berusia 33 tahun hanya mengalami kecederaan ringan.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa menunggang motosikal jenis SYM dan dipercayai dalam perjalanan dari Kampung Kuala Repas menghala ke Bentong.

“Ketika tiba di lokasi kejadian, semasa keluar dari simpang, motosikal mangsa dilanggar oleh kereta yang datang dari arah Bentong.

“Akibat perlanggaran itu, mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Zaiham berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Pemandu kereta ditahan reman sehingga Ahad ini untuk siasatan lanjut.

“Orang ramai yang menyaksikan kejadian diminta tampil membantu siasatan,” ujarnya.

Related Posts

Operasi CJ Bio Malaysia di Kerteh didakwa bakal berakhir, nasib lebih 450 pekerja jadi persoalan

KEMAMAN— Operasi kilang bioteknologi CJ Bio Malaysia di Kerteh didakwa bakal ditamatkan pada 15 Oktober ini, sekali gus menimbulkan kebimbangan mengenai nasib lebih 450 pekerja yang dikatakan terkesan. Maklumat ini…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Warga Myanmar mabuk belasah polis didakwa di mahkamah

RAUB – Dua warga Myanmar dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini bagi menghadapi pertuduhan bersama menyebabkan kecederaan kepada seorang anggota polis, bulan lepas. Bagaimanapun, pertuduhan terhadap kedua-dua lelaki…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sembilan emas Aichi-Nagoya bukti kesungguhan atlet Malaysia – PM

Sembilan emas Aichi-Nagoya bukti kesungguhan atlet Malaysia – PM

Pemulihan kuarters TUDM Sungai Besi Land perlu disegerakan – PM

Pemulihan kuarters TUDM Sungai Besi Land perlu disegerakan – PM

Tunggakan hasil lebih RM200 juta, JPJ gantung MYEG, Zetrix mulai Isnin

Tunggakan hasil lebih RM200 juta, JPJ gantung MYEG, Zetrix mulai Isnin

Azizulhasni raih pingat emas keirin, tepati ramalan

Azizulhasni raih pingat emas keirin, tepati ramalan

‘Lebai’ Pas salah guna kuasa, khianat dan fitnah – Tun Faisal

‘Lebai’ Pas salah guna kuasa, khianat dan fitnah – Tun Faisal

Ruang bersuara terbuka, Chean Chung pilih tidak hadir

Ruang bersuara terbuka, Chean Chung pilih tidak hadir