40 peratus hasil kerajaan Pahang dikembalikan kepada rakyat

KUANTAN – Kira-kira 40 peratus daripada keseluruhan Belanjawan Pahang 2026 berjumlah RM1.274 bilion, dipulangkan semula kepada rakyat menerusi pelbagai inisiatif baharu dan penambahbaikan bantuan sedia ada.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, jumlah itu adalah baki selepas kos tetap seperti emolumen dan perbelanjaan mengurus diselesaikan.

“Belanja mengurus berjumlah RM1.274 bilion, manakala perbelanjaan pembangunan RM446.26 juta.

“Bahagian mengurus itu melibatkan gaji serta komitmen yang tidak boleh dielakkan.

“Jadi, baki daripada itulah yang kita kembalikan kepada rakyat, kira-kira 40 peratus. Kalau dalam perniagaan, pulangan sebanyak itu sangat baik,” katanya, lapor Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika mengulas intipati Belanjawan Pahang 2026 yang dibentangkan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri di Wisma Sri Pahang, di sini, hari ini.

Wan Rosdy memaklumkan, unjuran hasil negeri turut meningkat kepada tujuh peratus berbanding lima peratus pada tahun-tahun sebelumnya.

Antara perkara baharu dalam belanjawan itu adalah peruntukan RM100 juta bagi memperkasakan eksplorasi Pahang 1st, satu inisiatif yang tidak pernah diwujudkan sebelum ini.

Selain itu, bantuan khas kewangan untuk penjawat awam negeri turut dinaikkan daripada satu setengah bulan kepada dua bulan gaji.

Related Posts

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

SEREMBAN – Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan yang mempunyai 36 kerusi, secara rasmi akan dibubarkan berkuat kuasa pada Jumaat, bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16. Pembubaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

KANGAR – Kerajaan Perlis menerima peruntukan tambahan berjumlah RM4 juta daripada Kerajaan Persekutuan hasil hubungan baik yang terjalin dengan kepimpinan pusat sejak pelantikan Menteri Besar, Abu Bakar Hamzah. Abu Bakar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai