303 pemimpin komuniti FELDA terima IM Pahang

KUANTAN – Seramai 303 pemimpin di 115 tanah rancangan FELDA di Pahang menerima insentif antara RM200 hingga RM500 melalui Inisiatif Makmur Pahang (IM Pahang).

Insentif itu disampaikan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dalam satu majlis di Dewan Utama Yayasan Pahang (YP), dekat sini, hari ini.

Wan Rosdy ketika berucap pada majlis itu berkata, pengagihan insentif berkenaan adalah sebagai tanda kasih sayang kerajaan negeri kepada pimpinan pelbagai peringkat di tanah rancangan di negeri ini.

“Ini adalah seperti yang kita janjikan… setiap apa yang kerajaan negeri dapat (kutipan hasil), kita kembalikan semula kepada rakyat,” katanya.

Hadir sama Exco Hal Ehwal FELDA, Usahawan dan Koperasi Pahang, Datuk Amizar Abu Adam dan Ketua Pegawai Eksekutif YP, Datuk Mahmud Mohd Nawawi.

Sementara itu, Amizar memaklumkan antara penerima insentif IM Pahang dalam majlis itu adalah Timbalan Pengerusi dan Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR) dari FELDA di seluruh Pahang.

“Majlis hari ini adalah kesinambungan kepada majlis yang kita adakan terdahulu… sebelum ini Pengerusi JKKR sudah menerima insentif sama dan hari ini kita agihkan pula kepada Timbalan dan Setiausaha.

“Turut menerima IM Pahang bagi pimpinan FELDA adalah Pengerusi Gerakan Peneroka Wanita (GPW) dan ini adalah pengiktirafan kerajaan Pahang terhadap sumbangan serta peranan dimainkan GPW dalam memakmurkan warga peneroka,” jelasnya.

Amizar memaklumkan kerajaan negeri menyediakan peruntukan RM121,100 bagi tujuan penyampaian insentif berkenaan.

Related Posts

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

MUKAH – Kebajikan golongan kurang berkemampuan di daerah ini terus terbela apabila 45 individu menerima sumbangan menerusi Program Jelajah Saberkas Prihatin Sarawak Zon Mukah pada Jumaat.  Inisiatif murni bermula seawal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

KALABAKAN – Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) digesa menyegerakan proses tender semula projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) di Kampung Luasong yang bernilai lebih RM30 juta. Ahli Parlimen Kalabakan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jangan jadikan isu institusi diraja sebagai modal kempen pilihan raya – Penganalisis

Jangan jadikan isu institusi diraja sebagai modal kempen pilihan raya – Penganalisis

Bonnie raih pingat pertama negara Sukan Komanwel

Bonnie raih pingat pertama negara Sukan Komanwel

Anwar lulus RM2 juta bantu pendidikan anak India Muslim, tekan penguasaan AI dan teknologi

Anwar lulus RM2 juta bantu pendidikan anak India Muslim, tekan penguasaan AI dan teknologi

Anwar rakam tahniah buat Aliff Rakib

Anwar rakam tahniah buat Aliff Rakib

RCI TH tepat pada masanya, bukan ‘gula-gula politik’ PRN Negeri Sembilan

RCI TH tepat pada masanya, bukan ‘gula-gula politik’ PRN Negeri Sembilan

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama