Lebih 40 kampung berisiko banjir susulan fenomena air pasang besar

KUALA TERENGGANU – Fenomena air pasang besar yang diramal bermula hari ini hingga 10 Disember dijangka menjejaskan 41 kampung yang terletak di 12 muara sungai di Terengganu.

Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran negeri, Osman Abdullah berkata, peningkatan paras air laut di pesisir pantai dan memasuki muara boleh mengakibatkan berlakunya banjir di kampung berhampiran sungai dan pantai.

Menurutnya, keadaan bertambah terjejas jika air pasang besar berlaku serentak dengan hujan.

Katanya, kampung dalam daerah Kuala Terengganu yang berisiko dengan fenomena ini adalah Kuala Ibai, Taman Purnama, Pulau Rusa, Sekati, Kubang Ikan dan Pulau Ketam.

“Manakala di daerah Kuala Nerus melibatkan Kampung Tanjung Gelam, Kampung Seberang Takir, Kampung Ulu Takir, Kampung Pak Tuyu dan Kampung Baru Seberang Takir,” katanya kepada Berita Harian.

Di daerah Dungun, kawasan dijangka terjejas ialah Kampung Seberang Pintasan, Kampung Tanjung Jara, Kampung Che Lijah, Kampung Alor Makbah, Kampung Bijangga, Kampung Sungai Buaya, Kampung Teluk Bidara, Kampung Sura, Kampung Tebing Tembah, Kampung Kuala Paka, Kampung Pinang Merah dan Kampung Durian Mentangau.

“Bagi daerah Marang, kawasan dijangka dinaiki air adalah Kampung Rusila, Kampung Rhu Dua, Kampung Rhu Rendang, Kampung Mercang, Kampung Pulau Rusa Baru,” katanya.

Daerah Kemaman pula antara kawasan yang dijangka terjejas adalah Pulau Skepeng, Pengkalan Cicar Bukit Kuang, Kampung Bakau Tinggi dan Kampung Baru Kemasik.

Manakala untuk daerah Besut, kawasan terlibat ialah Kampung Pengkalan Atap, Kampung Teluk Budu, Kampung Pantai dan Kampung Nail.

“Kawasan dalam daerah Setiu yang berdepan risiko sama adalah Kampung Gong Batu, Kampung Pengkalan Gelap, Kampung Limau Nipis, Kampung Kuala Setiu, Kampung Fikiri dan Kampung Telaga Papan,” tambahnya.

Suhubungan itu, Osman meminta penduduk lebih berwaspada dan mengikuti perkembangan fenomena air pasang besar dari semasa ke semasa, selain mengikuti arahan pihak berkuasa jika diminta berpindah.

Related Posts

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

ARAU – Parti Wawasan Negara (Wawasan) terus melebarkan pengaruhnya di Perlis apabila sebahagian besar pimpinan Bersatu Bahagian Arau bersama 10 ketua cawangan mengumumkan keluar parti dan menyertai parti berkenaan. Perkembangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan