Salah mungkin berhijrah ke Liga Pro Saudi

PENYERANG sensasi Liverpool, Mohamed Salah dilaporkan kekal berada dalam radar kelab-kelab Liga Pro Saudi walaupun berdepan kemerosotan prestasi bersama The Reds musim ini.

Salah sebelum ini menolak tawaran £500 juta (RM2.8 bilion) untuk berhijrah ke Timur Tengah untuk memperbaharui kontrak dua tahun bersama Liverpool pada hujung musim lalu.

Bagaimanapun, sumber memberitahu media antarabangsa, pihak pengurusan kelab Arab Saudi komited untuk merekrut penyerang kelahiran Mesir itu pada masa akan datang.

Pemain berusia 33 tahun itu dilihat gagal mengulangi prestasi cemerlang seperti ketika membantu Liverpool menjulang kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim lalu, malah dia diletakkan di bangku simpanan ketika kemenangan 2-0 menentang West Ham, Ahad lalu.

Situasi semasa ini menimbulkan spekulasi bahawa perpindahan tersebut mungkin dihidupkan semula seawal musim panas depan.

Difahamkan, gergasi Saudi, Al Hilal kekal menjadi pesaing utama untuk mendapatkan khidmat Salah, namun kelab Al-Qadsiah turut menyatakan minat yang serius.

Related Posts

Musketeers Football perkukuh ekosistem bola sepak akar umbi melalui inovasi

SANDAKAN – Musketeers Football memperluas pembangunan bola sepak akar umbi menerusi penerokaan produk, teknologi, pendidikan dan peluang kerjaya dalam industri sukan. Presidennya, Hardy Pudar berkata, penyertaan dalam SCENIC Sabah Creatixé…

Lebih lanjut

teruskan membaca
YPM FC juara Liga Rakyat Pahang 1st Piala Al-Sultan Abdullah

YPM FC muncul juara edisi sulung Liga Rakyat Pahang 1st Piala Al-Sultan Abdullah selepas menewaskan Majlis Daerah Raub (MDR) 2-1 pada aksi final di Stadium Darul Makmur, di sini malam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan