KPKM bantu pesawah, petani terkesan banjir

ARAU – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mengaktifkan pelbagai skim bantuan bagi meringankan beban pesawah dan petani di Perlis yang terjejas akibat banjir besar yang melanda negeri itu sejak 24 November lalu.

Menurut pegawai kanan Jabatan Pertanian negeri, pelbagai bantuan kementerian itu akan disalurkan melalui Jabatan Pertanian, Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP).

Katanya, inisiatif itu melibatkan Tabung Bencana Tanaman Padi (TBTP), Skim Takaful Tanaman Padi (STTP) dan Tabung Bencana Pertanian (TBP) yang boleh dimohon oleh pesawah serta petani terjejas di pejabat pertanian daerah dan pertubuhan peladang kawasan.

“Pegawai Agen Pengembangan Tanaman (APT) sudah digerakkan ke lapangan untuk membuat bancian, menilai kerosakan dan membantu proses tuntutan,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, bantuan itu merangkumi tanaman padi, sayur-sayuran, tanaman ladang, cendawan, industri asas tani dan pengusaha agropelancongan yang terkesan mengikut kadar serta garis panduan yang ditetapkan.

Tambahnya, sehingga 2 Disember, seramai 9,393 petani terjejas dengan keluasan keseluruhan 14.9 hektar dan anggaran kerugian mencecah RM42.6 juta di luar kawasan MADA.

“Banjir juga menjejaskan 78.03 hektar tanaman Harumanis membabitkan 59 petani dengan anggaran kerugian RM1.17 juta. Kawasan paling teruk terjejas ialah Padang Siding diikuti Bintong,” katanya.

Dalam perkembangan sama, bancian penuh kemusnahan masih diteruskan memandangkan terdapat kawasan yang belum surut sepenuhnya, terutama sawah padi di kawasan MADA.

“Lebih 8,000 hektar padi di kawasan MADA tenggelam pada 26 November ketika kemuncak banjir. Hari ini masih ada 1,881 hektar sawah yang bertakung. Jumlah kerugian padi sedang dinilai.

“Setakat ini, kira-kira 85 peratus tanaman padi di luar kawasan MADA berada dalam keadaan baik selepas paras air mula surut,” katanya.

Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Nahas helikopter Long Lellang: Hentikan spekulasi, hormati privasi keluarga mangsa

MIRI – Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Hanifah Hajar Taib menyeru orang ramai agar menghentikan sebarang penyebaran spekulasi berhubung tragedi nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Long Lellang, khususnya yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula