Tengku Zafrul terajui MIDA mulai hari ini

BEKAS Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, dilantik mengetuai Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) berkuat kuasa hari ini selepas menerima persetujuan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pelantikan tersebut dibuat untuk tempoh dua tahun.

Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa pelantikan itu turut disertakan dengan beberapa tanggungjawab tambahan yang kini sedang diperincikan.

“Tanggungjawab tambahan itu akan diumumkan kemudian oleh Perdana Menteri,” menurut kenyataan itu.

Kelmarin, Anwar dilapor berkata, Tengku Zafrul akan diberikan jawatan baharu dan perkara itu diumumkan hari ini.

Sementara itu, Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, selaku jurucakap Kerajaan MADANI, dalam sidang media mingguannya pada Jumaat lalu, dilapor berkata Perdana Menteri sudah memberi indikasi bahawa Tengku Zafrul akan terus berkhidmat dengan kerajaan dalam kapasiti lain.

Menurut rekod, Tengku Zafrul pernah berkhidmat sebagai Senator selama dua penggal sejak 2020, tempoh maksimum yang dibenarkan dan menamatkan enam tahun perkhidmatannya di Dewan Negara semalam.

Related Posts

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

AYER KEROH – Hentikan pendekatan berkompromi dengan bekas musuh politik atas alasan kestabilan, sebaliknya tumpukan pelaksanaan agenda reformasi yang masih dituntut rakyat, ujar Angkatan Muda Keadilan (AMK). Naib Ketua AMK,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

PUTRAJAYA – Prestasi luar jangka keluaran dalam negeri kasar (KDNK) sebanyak 6.0 peratus pada suku kedua tahun 2026 (S2 2026) mempamerkan reformasi kerajaan di bawah kerangka Ekonomi MADANI telah membantu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

  • By Fatin
  • August 14, 2026
Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff