Warga media gembira terima insentif RM700, tanda penghargaan kerajaan Sarawak

KUCHING – Pemberian insentif RM700 kepada pengamal media swasta yang diumumkan oleh Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam ucapan penggulung sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-19 pada Rabu terus mendapat reaksi positif daripada pihak media sambil menyifatkannya sebagai satu bentuk penghargaan besar terhadap peranan wartawan sebagai barisan hadapan penyampaian maklumat kepada rakyat.

Pengamal media, Kalsum Mohammadin berkata, langkah kerajaan GPS itu jelas menunjukkan pendekatan proaktif dalam mengiktiraf tugas kritikal media yang memastikan rakyat menerima maklumat tepat, telus dan terkini.

Menurutnya, bonus yang diberikan bukan sekadar bantuan kewangan, tetapi simbol penghargaan terhadap kerja keras pengamal media yang sering berdepan tekanan masa, tuntutan ketelitian dan cabaran lapangan.

“Pada pandangan saya, ini satu keputusan bijak. Pemberian bonus seperti ini dapat meningkatkan semangat kerja, mendorong kreativiti dalam penulisan serta mengukuhkan hubungan positif antara kerajaan dan media sebagai rakan strategik dalam penyebaran maklumat bermanfaat,” katanya.

Wartawan swasta, Abdul Majid Azman turut menyambut baik inisiatif tersebut dan menyifatkannya sebagai penghargaan yang amat bermakna kepada golongan wartawan di negeri ini.

Menurut beliau, pengamal media sentiasa komited menyediakan liputan berkualiti bagi memastikan masyarakat memahami agenda pembangunan dan dasar kerajaan.

Abdul Majid berkata, kerjaya wartawan menuntut bukan sahaja ketelitian penulisan, tetapi juga kekuatan mental dan fizikal kerana mereka perlu berada di lapangan dalam pelbagai keadaan termasuk panas terik, hujan dan banjir.

“Ini satu penghargaan besar. Terima kasih kepada Premier atas keprihatinan terhadap usaha warga media yang bekerja tanpa mengira keadaan demi memenuhi keperluan liputan,” ujarnya.

Sementara itu, Presiden Kuching Division Journalists Association (KDJA), Ronnie Teo Teck Wei, merakamkan penghargaan kepada Premier Sarawak atas komitmen berterusan terhadap kebajikan pengamal media.

Beliau berkata, KDJA amat menghargai keputusan kerajaan negeri memasukkan ahli persatuan dalam pemberian insentif RM700 tersebut, sekali gus membantu meringankan keperluan profesional dan peribadi para petugas media.

“Kerajaan Sarawak secara konsisten menunjukkan pemahaman mendalam terhadap peranan media, termasuk ketika pandemik COVID-19 apabila wartawan turut menerima bantuan khas BKSS. Kesinambungan ini membuktikan komitmen kerajaan terhadap kebajikan pengamal media,” katanya.

Dalam kenyataan berasingan, Commonwealth Journalists Association (CJA) Cawangan Sarawak turut menzahirkan penghargaan atas keputusan kerajaan negeri memberikan insentif itu.

Pengerusinya, Nancy Nais berkata, langkah tersebut mencerminkan pengiktirafan jelas terhadap peranan wartawan dalam memupuk keharmonian sosial, memastikan akses maklumat tepat kepada rakyat serta mengangkat martabat profesion kewartawanan.

Beliau berkata, sokongan berterusan kerajaan turut menggalakkan pengamal media mengekalkan profesionalisme, integriti dan kecemerlangan dalam melaksanakan tugas.

“Keprihatinan ini memberi dorongan besar kepada ahli kami untuk terus berkhidmat dengan dedikasi demi kepentingan rakyat Sarawak,” katanya menerusi kenyataan media pada Rabu.

Pemberian insentif RM700 itu diumumkan Premier Sarawak dalam ucapan penggulungan Persidangan DUN dan diberikan kepada pengamal media swasta yang berdaftar dengan enam persatuan media sehingga 1 Disember 2025.

Related Posts

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

KANGAR – Satu bungkusan guni reput yang disyaki mengandungi rangka manusia ditemukan di sebuah kebun berhampiran sebuah kilang di Behor Mali, di sini, pagi tadi. Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

ARAU – Seorang pelajar politeknik maut selepas motosikal yang ditungganginya terbabit dalam kemalangan membabitkan empat motosikal di Jalan Changlun, Kuala Perlis berhampiran Kampung Banat, awal pagi tadi. Mangsa berusia 19…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pengundi nilailah ‘drama’ politik BN dan PN – Aminuddin

Pengundi nilailah ‘drama’ politik BN dan PN – Aminuddin

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

Tabung Haji bukan sekadar institusi simpanan, pikul amanah umat Islam – Sany Hamzan

Tabung Haji bukan sekadar institusi simpanan, pikul amanah umat Islam – Sany Hamzan

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

Sany Hamzan bidas Sanusi, politik matang perlu jadi budaya baharu

Sany Hamzan bidas Sanusi, politik matang perlu jadi budaya baharu