Danum Mountain Bike Race 2026 tawar pengalaman unik, sokong usaha pemuliharaan hutan

KOTA KINABALU – Perlumbaan Danum Mountain Bike Race 2026 bertemakan ‘Ride the Unseen Borneo’ yang dijadual berlangsung pada 14 Februari tahun depan bakal menawarkan pengalaman jelajah hutan hujan tropika Sabah yang unik kepada para peserta.

Ia antara acara berbasikal paling unik di rantau ini dengan menawarkan pengalaman kayuhan sejauh 88 kilometer merentasi laluan berbatu, pinggir hutan dan hutan hujan tropika Lembah Danum yang terkenal sebagai hutan terpelihara di dunia.

Ketua Pegawai Eksekutif Borneo Nature Tours Sdn. Bhd dan Innoprise Junggle Lodge Sdn. Bhd, Freddie Coleman berkata, ia bukan sekadar acara biasa tetapi juga sebagai usaha menyokong pemuliharaan di Lembah Danum.

“Tujuan perlumbaan ini  adalah untuk menghubungkan komuniti basikal dengan pemuliharaan.

“Setiap peserta yang mengambil bahagian secara langsung akan menyumbang kepada inisiatif jangka panjang yang bermakna di Lembah Danum, termasuk penyelidikan tingkah laku dan ekologi orangutan bersama Japan Orangutan Research Centre.

“Usaha penghijauan semula melalui pembelian dan penanaman anak benih hutan hujan asli yang diperoleh daripada INFAPRO.

“Dan pemantauan bioakustik dan kajian mamalia nokturnal dalam Kawasan Pemuliharaan Lembah Danum,” katanya dalam sidang media di Shang Ri-La Tanjung Aru, di sini pada Rabu.

Jelasnya, peserta acara ini sangat bertuah kerana berpeluang untuk merentasi hutan simpan kelas 1 iaitu kawasan yang lazimnya hanya boleh diakses oleh saintis, pencinta alam, penyelidik dan sejumlah kecil tetamu.

Beliau berkata, Danum Mountain Bike Race disasarkan menjadi acara tahunan penting yang menggabungkan sukan lasak dan pemuliharaan, sekali gus meletakkan Sabah sebagai destinasi eko-pengembaraan utama di Asia Tenggara.

Tambahnya, hadiah turut ditawarkan kepada para pemenang iaitu juara bakal membawa pulang RM1,500 beserta trofi dan sijil, naib juara menerima RM1,200 beserta trofi dan sijil, manakala tempat ketiga membawa pulang RM1,000 bersama trofi dan sijil.

Pemenang di tempat keempat hingga kesepuluh pula akan menerima hadiah wang tunai RM250 setiap seorang.

Sebagai makluman, perlumbaan ini terhad kepada 200 peserta sahaja dan menawarkan kategori terbuka lelaki dan wanita, serta kategori veteran.

Justeru, bagi mereka yang berminat, pendaftaran boleh dibuat di ticket2u.com.my atau menghubungi talian 016-3680640 sebelum tarikh tutup pada 9 Januari depan.

Related Posts

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

KANGAR – Satu bungkusan guni reput yang disyaki mengandungi rangka manusia ditemukan di sebuah kebun berhampiran sebuah kilang di Behor Mali, di sini, pagi tadi. Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

ARAU – Seorang pelajar politeknik maut selepas motosikal yang ditungganginya terbabit dalam kemalangan membabitkan empat motosikal di Jalan Changlun, Kuala Perlis berhampiran Kampung Banat, awal pagi tadi. Mangsa berusia 19…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pengundi nilailah ‘drama’ politik BN dan PN – Aminuddin

Pengundi nilailah ‘drama’ politik BN dan PN – Aminuddin

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

Tabung Haji bukan sekadar institusi simpanan, pikul amanah umat Islam – Sany Hamzan

Tabung Haji bukan sekadar institusi simpanan, pikul amanah umat Islam – Sany Hamzan

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

Sany Hamzan bidas Sanusi, politik matang perlu jadi budaya baharu

Sany Hamzan bidas Sanusi, politik matang perlu jadi budaya baharu