Senarai Kabinet baharu menunggu keputusan PM – PMO

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memuktamadkan senarai baharu Menteri dan Timbalan Menteri Kerajaan MADANI selepas melalui proses penelitian yang teliti dan berhemah, menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri (PMO) hari ini.

Perdana Menteri akan membuat keputusan berhubung perkara itu selepas memastikan setiap pelantikan memenuhi kepentingan rakyat serta selaras dengan hala tuju reformasi kerajaan.

“Perdana Menteri akan memutuskan senarai Menteri dan Timbalan Menteri Kerajaan MADANI kelak, selepas proses pertimbangan yang cermat, berhemah dan benar-benar berlandaskan kepentingan rakyat serta hala tuju reformasi negara,” menurut kenyataan itu.

Anwar sebelum ini memberikan bayangan bahawa beliau tidak akan melakukan rombakan Kabinet secara besar-besaran, sebaliknya hanya mengisi kekosongan bagi beberapa jawatan Menteri.

Perdana Menteri berkata, tempoh Kabinet di bawah pentadbirannya hanya berbaki kira-kira satu setengah tahun sebelum penggal pemerintahan berakhir.

Beberapa jawatan Menteri kini kosong susulan peletakan jawatan Datuk Seri Rafizi Ramli sebagai Menteri Ekonomi; Nik Nazmi Nik Ahmad sebagai Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam; serta Datuk Ewon Benedick sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Selain itu, jawatan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) turut kosong selepas tempoh Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz tamat.

Dalam perkembangan lain, Perdana Menteri menyambut baik pelantikan semula Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar sebagai Ahli Dewan Negara bagi penggal kedua, berkuat kuasa hari ini.

“Pelantikan ini membolehkan mereka meneruskan tugasan mustahak demi kesinambungan dasar, tatakelola dan agenda reformasi negara selaras dengan gagasan Malaysia MADANI,” katanya.

Terdahulu, Saifuddin yang juga Menteri Dalam Negeri; Mohd Na’im (Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)); dan Zambry (Menteri Pendidikan Tinggi) masing-masing mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara bagi penggal kedua.

Upacara mengangkat sumpah berlangsung di hadapan Yang di-Pertua Dewan Negara, Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah.

Pelantikan semula mereka, yang pertama kali mengangkat sumpah pada 3 Disember 2022, berkuat kuasa hari ini sehingga 2 Disember 2028.

Related Posts

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

AYER KEROH – Hentikan pendekatan berkompromi dengan bekas musuh politik atas alasan kestabilan, sebaliknya tumpukan pelaksanaan agenda reformasi yang masih dituntut rakyat, ujar Angkatan Muda Keadilan (AMK). Naib Ketua AMK,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

PUTRAJAYA – Prestasi luar jangka keluaran dalam negeri kasar (KDNK) sebanyak 6.0 peratus pada suku kedua tahun 2026 (S2 2026) mempamerkan reformasi kerajaan di bawah kerangka Ekonomi MADANI telah membantu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

  • By Fatin
  • August 14, 2026
Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff