Mayat suami isteri ditemukan lemas, kereta terbabas dalam sungai

ROMPIN – Pasangan suami isteri yang dilaporkan hilang selepas kereta dinaiki mereka terjunam ke dalam Sungai Rompin, dekat Kampung Ayau, ditemukan lemas, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Rompin, Superintenden Sharif Shai Sharif Mondoi berkata, mayat pasangan terbabit, Mohd Zairil Bidin, 40, dan Aisyah Shafie, 55, ditemui terperangkap dalam kereta kira-kira jam 2.50 petang.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Rompin untuk proses bedah siasat.

“Kertas siasatan kes orang hilang (OH) telah diklasifikasikan semula sebagai mati mengejut dan siasatan masih diteruskan,” katanya melalui satu kenyataan.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang semalam, Mohd Zairil dan Aisyah dilaporkan hilang selepas kereta dinaiki mereka terjunam ke Sungai Rompin pada kedalaman kira-kira 10 meter.

Pihak bomba menjalankan pencarian di permukaan menggunakan bot aluminium, manakala Unit Penyelam Pasukan Penyelamat Di Air dari Balai Bomba dan Penyelamat Pekan diaktifkan untuk menjalankan selaman.

Related Posts

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

PUTRAJAYA – Jabatan Peguam Negara (AGC) berpandangan Proklamasi mengenai kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bertarikh 19 April 2026 adalah tidak sah kerana tidak mematuhi kehendak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

KOTA KINABALU – Landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) masih ditutup sementara bagi membolehkan kerja pembaikan penting diselesaikan dengan selamat, dengan 20 penerbangan terjejas setakat hari ini. Malaysia Airports…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

  • By Ezmie
  • September 17, 2026
Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

Galeri Polis Sabah dibuka kepada awam

Galeri Polis Sabah dibuka kepada awam

Hari Malaysia wadah perbaharui kebersamaan rakyat

Hari Malaysia wadah perbaharui kebersamaan rakyat

Hanya berani cakap, tidak berani buat – AMK

Hanya berani cakap, tidak berani buat – AMK