Tak kumpul harta tapi tersenarai pemimpin terkaya, dari mana Tun M dapat duit?

TERNGIANG-NGIANG di telinga rakyat kata-kata Tun Dr Mahathir Mohamad yang selalu diulang sejak berdekad, “Saya tidak kumpul kekayaan. Saya hidup dengan duit pencen.”

Kata-kata itu pernah menimbulkan simpati, khususnya apabila beliau menyindir Perdana Menteri semasa yang kononnya menuduh beliau mengumpul kekayaan berbilion ringgit.

Namun, pada 22 November 2025, satu laporan Yahoo Finance UK telah menggemparkan dunia apabila menyenaraikan Dr Mahathir Mohamad sebagai individu ke-7 terkaya dalam kalangan pemimpin dunia dalam sejarah, dengan nilai kekayaan dianggarkan mencecah AS$40 bilion (lebih RM190 bilion).

Susulan itu, persoalan besar muncul dari mana datang kekayaan sebanyak itu?
Adakah benar Tun hidup bersederhana? Atau ada sesuatu yang rakyat belum tahu?

Dr Mahathir telah membina legasi panjang dalam sejarah petadbiran negara, namanya masyhur sebagai pemimpin yang dua kali menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Beliau dikenang sebagai pemimpin yang berjimat, tidak bergelumang dengan gaya hidup kemewahan.

Namun, angka yang disebut Yahoo bukan jumlah kecil-kecil anak. Angka itu meletakkan beliau setaraf dengan keluarga diraja Arab dan bekas pemimpin autokratik dunia.

Adakah ini satu bentuk salah faham, atau benar-benar mencerminkan apa yang tersembunyi selama ini? Apa asas senarai itu?

Perlu difahami senarai Yahoo itu disusun berdasarkan laporan terbuka, data kekayaan aset, pelaburan, pemilikan syarikat dan ‘anggaran pakar’. Tidak ada audit rasmi. Namun ia cukup untuk mencetus kegusaran orang ramai khususnya rakyat Malaysia.

Berita terbaharu itu tidak selari dengan apa yang selalu dilaung-laungkan Dr Mahathir yang meminta rakyat mengamalkan gaya hidup berjimat cermat malah dituntut untuk tidak culas membayar cukai sedangkan gaya hidup pemimpin yang walaupun sudah bersara, tetapi kini muncul dalam senarai individu antara terkaya di dunia.

Lebih mencuit hati, dalam temu bual Januari 2024, Tun M berkata beliau “sudah tua, tiada duit berbillion”. Kenyataan itu bertentangan sepenuhnya dengan senarai Yahoo.

Ironi yang sukar ditelan oleh rakyat Malaysia yang kini berdepan cabaran ekonomi, kenaikan harga barang, peluang pekerjaan sempit. Dalam masa yang sama, muncul berita bahawa bekas Perdana Menteri itu didakwa memiliki kekayaan setara negara kecil.

Jika berita itu tidak benar, sewajarnya Dr Mahathir menafikan secara rasmi dan disertakan bukti. Jika benar pula rakyat berhak tahu dari mana asalnya, bagaimana ia dikumpul, dan adakah ia pernah diisytihar.

Intepretasinya, rakyat tidak cemburu apa yang dimiliki pemimpin negara tetapi berhak menuntut jawapan inklusif bagaimana ia dicapai. Ini bukan soal dengki dengan kekayaan. Ini soal integriti dan konsistensi.

Kalau selama ini menampilkan diri sebagai negarawan bersih, rakyat hanya minta satu perkara daripada Dr Mahathir iaitu untuk menjelaskan kebenaran.

Sama ada Yahoo salah atau Dr Mahathir yang silap, dakwaan itu tidak boleh dibiarkan tergantung. Dalam dunia hari ini, persepsi membentuk realiti. Dan realiti politik tidak lagi boleh diselindung di sebalik gelaran negarawan. Rakyat sudah celik dan mereka sedang menunggu penjelasan.

Related Posts

Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan dilantik Pengerusi Majlis Media Malaysia

KUALA LUMPUR – Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Nallini Pathmanathan, dilantik sebagai Pengerusi Majlis Media Malaysia (MMM), badan kawal selia kendiri industri media negara yang ditubuhkan menerusi Akta Majlis…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ahmad Shahir mohon maaf isu gelaran ‘Tok Undang’, tegas hormati Institusi Undang

SEREMBAN – Setiausaha Akhbar Menteri Besar Negeri Sembilan, Ahmad Shahir Mohd Shah memohon maaf kepada Undang Yang Empat susulan kontroversi penggunaan gelaran ‘Tok Undang’ yang dikaitkan dengan Pengerusi Pakatan Harapan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

14 kontinjen meriahkan perarakan budaya Gawai Brumbiak Pinyawa 2026

14 kontinjen meriahkan perarakan budaya Gawai Brumbiak Pinyawa 2026

Dewan serbaguna RM500,000 bakal beri keselesaan warga SMK St Patrick

Dewan serbaguna RM500,000 bakal beri keselesaan warga SMK St Patrick

10 tahun menabur bakti, Kelana C Tawau kekal relevan

10 tahun menabur bakti, Kelana C Tawau kekal relevan

Pas lantik semula Hamzah Ketua Pembangkang satu pukulan ‘K.O’ kepada Bersatu

Pas lantik semula Hamzah Ketua Pembangkang satu pukulan ‘K.O’ kepada Bersatu

Kenderaan pengangkutan Sabah, Sarawak dan Labuan perlu segera daftar SKDS

Kenderaan pengangkutan Sabah, Sarawak dan Labuan perlu segera daftar SKDS

Projek RMK13 disaring semula ikut keupayaan fiskal semasa

Projek RMK13 disaring semula ikut keupayaan fiskal semasa