Mahkamah arah pengguna TikTok padam hantaran fitnah Tabung Haji

KUALA LUMPUR – Seorang pemilik akaun TikTok diperintah Mahkamah Tinggi Shah Alam memadamkan tiga rakaman klip video mengandungi pernyataan berbaur fitnah terhadap Lembaga Tabung Haji (TH).

Hakim Noor Hayati Mat mengeluarkan perintah itu semalam, selepas membenarkan permohonan injunksi sementara inter parte (dua belah pihak) dikemukakan TH yang diwakili peguam, Datuk Akberdin Abdul Kader selaku plaintif.

Noor Hayati membenarkan permohonan TH untuk perintah injunksi bagi menghalang defendan, iaitu Azuan Mazalan, ejennya, atau sesiapa sahaja daripada menerbitkan, menyiarkan atau berkongsi tiga rakaman klip video yang masing-masing bertarikh 19 Ogos dan 22 Ogos lalu,

Tiga rakaman klip video itu didakwa mengandungi pernyataan berbaur fitnah terhadap TH daripada akaun TikTok defendan di bawah nama @rukun.iman.6 ‘Rukun Iman 6.’

TH juga berjaya mendapatkan injunksi untuk menghalang defendan daripada menerbitkan, menyiarkan, berkongsi, menerbitkan semula, menyiarkan semula dan berkongsi pernyataan yang mempunyai sifat atau kesan sama.

Mahkamah memerintahkan defendan memadamkan rakaman klip video berkenaan dalam masa 24 jam daripada waktu perintah diserahkan kepadanya.

Akberdin ketika dihubungi Berita Harian mengesahkan keputusan itu dan memaklumkan mahkamah menetapkan 19 Januari tahun hadapan sebagai tarikh pengurusan kes saman berkaitan injunksi terbabit.

Melalui saman difailkan November lalu, TH mendakwa dalam makna semula jadi dan biasa, dalam kiasan dan sindiran palsu, pernyataan berbaur fitnah pertama bermaksud ia kini diurus dan dikawal pihak bukan Islam, sekali gus menimbulkan persepsi pengurusan plaintif menyeleweng daripada ajaran Islam dan prinsip syariah.

Ia mendakwa secara keseluruhannya, pernyataan itu menggambarkan TH telah terjerumus menjadi institusi yang tidak telus, tidak amanah, tidak Islamik, korup dan bersubahat dalam pengkhianatan terhadap agama Islam dan umatnya.

Menurut TH, pernyataan kedua pula membawa maksud ia menyeleweng daripada tujuan penubuhannya di bawah Akta Tabung Haji 1995, dan kini dikuasai pihak kerajaan atau menteri bagi kepentingan peribadi dan politik.

Dakwa plaintif, pernyataan itu juga bermaksud ia telah menutup pintu dan menghalang secara menyeluruh suara rakyat dan pendeposit dan badan bukan kerajaan (NGO) yang kononnya berniat untuk menegur secara beradab.

Kata plaintif, ia sekali gus menggambarkannya dan pegawainya berperwatakan angkuh, zalim dan menindas umat Islam.

“Pernyataan fitnah itu adalah tuduhan palsu, berunsur fitnah dan dibuat dengan niat jahat untuk menimbulkan kemarahan, kebencian, dan rasa curiga masyarakat Islam terhadap TH.

“Kata-kata digunakan defendan dalam rakaman video – apabila ditonton secara keseluruhan dan dalam konteksnya – secara langsung menjejaskan reputasi dan kewibawaan TH sebagai badan berkanun yang memegang tanggungjawab mengurus ibadah haji dan simpanan umat Islam di Malaysia.

“Berpunca daripada penerbitan pernyataan fitnah pertama, TH telah terdedah kepada cemuhan, penghinaan, serta persepsi bahawa ia tidak lagi berintegriti dan telah mengkhianati umat Islam, sedangkan semua tuduhan adalah tidak benar sama sekali.

“Hal ini telah sama sekali menjejaskan dan merosakkan kestabilan dan menjatuhkan reputasi plaintif sebagai satu institusi yang berwibawa, dan dikenali secara meluas di peringkat antarabangsa,” kata plaintif.

Sehubungan itu, TH menuntut daripada defendan, antaranya ganti rugi am, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Related Posts

Isu UEC: Keputusan kerajaan dibuat secara seimbang – PMX

IPOH – Keputusan kerajaan berhubung isu kelulusan diberikan kepada lulusan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) dibuat secara seimbang dan tidak wajar dipolitikkan, tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menurut beliau,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Rakyat, peniaga kecil menjadi keutamaan Kerajaan MADANI

KERAJAAN akan terus memperkasakan pelbagai usaha dalam membantu rakyat serta peniaga kecil bagi menghadapi keadaan semakin mencabar akibat krisis yang berlaku. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, setiap pandangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Isu UEC: Keputusan kerajaan dibuat secara seimbang – PMX

Isu UEC: Keputusan kerajaan dibuat secara seimbang – PMX

‎PGRS cadang struktur baharu, kurangkan bahagian dari 74 kepada 26‎

‎PGRS cadang struktur baharu, kurangkan bahagian dari 74 kepada 26‎

UEC, tahfiz dan masa depan anak Melayu: Politik prestasi mengatasi politik ketakutan

UEC, tahfiz dan masa depan anak Melayu: Politik prestasi mengatasi politik ketakutan

Rakyat, peniaga kecil menjadi keutamaan Kerajaan MADANI

Rakyat, peniaga kecil menjadi keutamaan Kerajaan MADANI

Tidak bercanggah dasar pendidikan negara jika lepasan UEC masuk IPTA

Tidak bercanggah dasar pendidikan negara jika lepasan UEC masuk IPTA

Kolaborasi KRT, Kementerian Digital: Perisai ‘scammer’, celik IT buat penduduk kampung

Kolaborasi KRT, Kementerian Digital: Perisai ‘scammer’, celik IT buat penduduk kampung