Rokok, arak seludup bernilai RM2.52 juta berjaya dirampas di tiga rumah berasingan

SEBERANG PERAI – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang membongkar kegiatan penyeludupan rokok dan minuman keras selepas merampas barangan tidak berkastam bernilai RM2.52 juta dalam tiga serbuan berasingan pada 10 Julai lalu.

Pengarahnya, Hasbollah Din berkata, kejayaan itu hasil maklumat awam serta risikan yang dijalankan pihaknya sebelum serbuan dilakukan ke atas tiga buah rumah taman di Pulau Pinang dan Kedah yang dipercayai dijadikan tempat penyimpanan barangan seludup.

“Dalam serbuan pertama kira-kira pukul 2 petang, pihaknya menemukan 205,880 batang rokok dan 12,464.20 liter minuman keras pelbagai jenama yang disyaki tidak berkastam di Kulim, Kedah.

“Ketika serbuan dilakukan, tiada individu berada di rumah berkenaan dan dipercayai sindiket menyewa kediaman itu bagi dijadikan stor menyimpan barangan terlarang,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Nilai keseluruhan rampasan termasuk duti dan cukai dianggarkan berjumlah RM1,286,644.63.

Beliau berkata, serbuan kedua pada hari sama kira-kira pukul 3.30 petang di sebuah rumah di Bukit Mertajam pula membawa kepada penemuan 31,840 batang rokok dan 5,945.3 liter minuman keras pelbagai jenama bernilai RM398,449.55 termasuk duti dan cukai.

Katanya, serbuan ketiga dilakukan pada 31 Julai kira-kira jam 6.30 petang di sebuah rumah taman di Sungai Jawi yang menyaksikan seorang lelaki tempatan berusia 40 tahun ditahan.

“Hasil pemeriksaan menemukan 777,400 batang rokok pelbagai jenama dengan nilai rampasan termasuk duti dan cukai sebanyak RM843,827.60,” katanya.

Hasbollah berkata, modus operandi bagi ketiga-tiga kes adalah dengan menyembunyikan rokok dan minuman keras tidak berkastam di dalam rumah yang dijadikan stor bagi mengaburi pihak berkuasa.

Katanya, kesemua barangan dipercayai dibawa masuk dari luar negara untuk diedarkan ke pasaran tempatan.

“Ketiga-tiga serbuan ini tidak mempunyai kaitan antara satu sama lain dan siasatan lanjut masih dijalankan termasuk mengesan rangkaian sindiket yang terlibat.

“Siasatan mendapati terdapat beberapa jenis minuman keras dirampas yang tidak dibenarkan dijual di negara ini kerana kandungan alkoholnya melebihi had ditetapkan,” katanya.

Tambahnya, ketiga-tiga kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 iaitu memiliki, menyimpan, menyembunyikan atau melindungi barang tidak berkastam atau barang larangan.

Related Posts

Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

KOTA KINABALU – Kerajaan MADANI terus memperkukuh pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sebagai agenda nasional menerusi rundingan dan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Sabah serta Kerajaan Sarawak. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lima ditahan ganggu tugas penguat kuasa di Tasek Bera

BERA – Lima individu termasuk empat wanita ditahan kerana bertindak menghalang tugas pihak berkuasa yang menjalankan operasi penguatkuasaan di kawasan Hutan Simpan Pemuliharaan Tasek Bera (Ramsar) di sini, pagi semalam.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

  • By Ezmie
  • September 16, 2026
Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

Netizen bangga PMX tidak ‘termakan’ soalan provokasi isu Gaza, Israel

Netizen bangga PMX tidak ‘termakan’ soalan provokasi isu Gaza, Israel

PRU16: Demi rakyat atau elak lebih ramai pemimpin UMNO didakwa rasuah?

PRU16: Demi rakyat atau elak lebih ramai pemimpin UMNO didakwa rasuah?

Lima ditahan ganggu tugas penguat kuasa di Tasek Bera

Lima ditahan ganggu tugas penguat kuasa di Tasek Bera

Anwar tegaskan Malaysia tidak jadi laluan kargo sokong operasi ketenteraan Israel

Anwar tegaskan Malaysia tidak jadi laluan kargo sokong operasi ketenteraan Israel

AMK Miri tuntut UMNO bertanggungjawab, tidak normalisasi penghinaan agama

AMK Miri tuntut UMNO bertanggungjawab, tidak normalisasi penghinaan agama