Unit K9 benteng negara kesan aktiviti penyeludupan di Pusat Kargo KLIA

KUALA LUMPUR – Pihak berkuasa kini menggunakan khidmat Unit Anjing Pengesan Hidupan Liar (K9) bagi mengesan aktiviti penyeludupan di Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabang Sepang (KLIA) dekat sini.

Penggunaan khidmat Unit K9 itu melibatkan operasi Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Semenanjung Malaysia bersama Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS).

Perhilitan dalam satu kenyataan berkata, operasi yang dilaksanakan hampir sebulan, bermula pertengahan Julai hingga pertengahan Ogos 2026 ini telah mencipta fenomena omnipresence (kehadiran menyeluruh) di hampir semua pusat logistik utama.

“Mana-mana sindiket yang cuba menjadikan kargo udara sebagai laluan ‘selamat’ menyeludup khazanah alam kini berdepan tindakan tegas agensi penguatkuasaan.

“Operasi Pematuhan Kargo yang berlangsung memperlihatkan keupayaan luar biasa skuad Anjing Pengesan Hidupan Liar (K9) Jabatan Perhilitan dalam mengesan bau tersembunyi,” katanya, hari ini.

Menurut Perhilitan, hidung anjing-anjing berkenaan menyelinap ke setiap celah palet kayu dan kotak kargo bagi memburu bau bukti penyeludupan hidupan liar seperti gading gajah, sisik tenggiling, tulang harimau, mahupun hidupan liar hidup yang disumbat ke dalam bagasi dan kotak kargo oleh sindiket penyeledupan.

“Kehadiran fizikal Unit K9 Jabatan Perhilitan di laluan utama kargo ini bukan sahaja berperanan sebagai alat pengesan (detection), malah bertindak sebagai elemen pencegahan (deterrence) yang sangat berkesan terhadap dalang penyeludupan antarabangsa,” katanya.

Katanya lagi, Perhilitan bersama AKPS akan terus memperketat kawalan di titik-titik panas pintu masuk negara secara berterusan bagi memastikan biodiversiti negara sentiasa terpelihara.

“Orang ramai juga diharapkan untuk bersama-sama menyalurkan maklumat berkaitan jenayah hidupan liar. Sebarang aduan boleh disalurkan melalui talian hotline 1-800-88-5151 atau melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) di laman sesawang rasmi www.wildlife.gov.my,” ujarnya.

Related Posts

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

KERALAM (INDIA) – Pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Mufti Besar India, Sheikh Abubakr Ahmad dijadual berlangsung di Keralam (sebelum ini dikenali sebagai Kerala) esok, dalam rangka lawatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

NEW DELHI – Kerjasama dalam industri semikonduktor menjadi antara tumpuan perbincangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatannya dari India, Narendra Modi, dalam usaha memperluas perkongsian ekonomi Malaysia-India.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Terengganu jadi ujian keikhlasan: Bila penyatuan Melayu sampai bab kerusi, Pas sanggup berkongsi?

Terengganu jadi ujian keikhlasan: Bila penyatuan Melayu sampai bab kerusi, Pas sanggup berkongsi?

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana