Jangan jadikan pendidikan bahan bakar perkauman, Ahli Parlimen Miri tempelak Ridhuan Tee

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen Miri, Chiew Choon Man mempersoalkan kritikan Mohd Ridhuan Tee Abdullah berhubung cadangan penubuhan kampus cawangan universiti antarabangsa di Sarawak yang didakwa mampu menjejaskan perpaduan negara.

Menurut Chiew, kenyataan tersebut dilihat sengaja mencampuradukkan isu sekolah vernakular Cina, Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC), dan institusi pendidikan tinggi swasta sebelum melabelkan cadangan universiti dari China berkenaan sebagai institusi berasaskan kaum.

“Sekiranya sindiran terhadap ‘Universiti Cina di Sarawak’ merujuk kepada cadangan penubuhan kampus terkemuka dari China di negeri itu, persoalan sebenar ialah mengapa kewujudannya perlu dianggap sebagai ancaman kepada perpaduan?

“Universiti yang berasal dari China tidak bermaksud ia hanya untuk kaum Cina. Negara asal sesebuah universiti tidak menentukan kaum pelajarnya,” tegas beliau.

Beliau menjelaskan, Malaysia telah lama membenarkan serta mengawal selia penubuhan institusi pendidikan tinggi swasta dan kampus cawangan universiti luar negara menerusi Akta Institusi  Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555).

Tambah Chiew, negara ini sudah lama menerima cawangan universiti dari United Kingdom, Australia, China, dan Jepun. 

Di Sarawak, jelasnya, Curtin University telah beroperasi di Miri sejak 1999, manakala Swinburne University di Kuching pada tahun 2000.

“Selepas lebih dua dekad, adakah Curtin dan Swinburne menjejaskan perpaduan di Sarawak? Sudah tentu tidak,” bidasnya.

Jelasnya lagi, kehadiran institusi antarabangsa tidak merampas hak mana-mana pihak, sebaliknya membuka lebih banyak peluang pendidikan, penyelidikan, pekerjaan, serta berupaya menarik pelajar asing ke Sarawak.

Dalam pada itu, beliau turut menggesa semua pihak agar tidak menjadikan isu pendidikan dan kepelbagaian budaya sebagai sasaran politik perkauman.

“Jangan jadikan pendidikan anak-anak Sarawak sebagai bahan bakar politik perkauman. Seharusnya kita mengalu-alukan dan menggalakkan anak-anak kita untuk belajar sejauh yang mungkin demi kebaikan negara,” katanya.

Related Posts

AI Talks Edisi Ke-2 perkasa literasi digital komuniti sempena Hari Malaysia

KUCHING – Usaha memacu literasi digital dan pemahaman tentang teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam kalangan komuniti terus diperhebat menerusi penganjuran program AI Talks Edisi Ke-2 yang berlangsung di Atrium Utama…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

KOTA KINABALU – Kerajaan MADANI terus memperkukuh pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sebagai agenda nasional menerusi rundingan dan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Sabah serta Kerajaan Sarawak. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiada kompromi, sindiket e-PLKS palsu diburu hingga tumpas – Saifuddin

Tiada kompromi, sindiket e-PLKS palsu diburu hingga tumpas – Saifuddin

AI Talks Edisi Ke-2 perkasa literasi digital komuniti sempena Hari Malaysia

AI Talks Edisi Ke-2 perkasa literasi digital komuniti sempena Hari Malaysia

Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

  • By Ezmie
  • September 16, 2026
Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

Netizen bangga PMX tidak ‘termakan’ soalan provokasi isu Gaza, Israel

Netizen bangga PMX tidak ‘termakan’ soalan provokasi isu Gaza, Israel

PRU16: Demi rakyat atau elak lebih ramai pemimpin UMNO didakwa rasuah?

PRU16: Demi rakyat atau elak lebih ramai pemimpin UMNO didakwa rasuah?

Lima ditahan ganggu tugas penguat kuasa di Tasek Bera

Lima ditahan ganggu tugas penguat kuasa di Tasek Bera