Tidak beretika Exco Terengganu, Kelantan beri surat minta kelulusan projek – PM

DATUK Seri Anwar Ibrahim mendedahkan di Dewan Rakyat hari ini bahawa beliau menerima surat daripada ahli Exco Terengganu dan Kelantan yang meminta kelulusan projek tertentu daripadanya.

Perdana Menteri berkata, permohonan seperti itu tidak beretika kerana mereka tidak sepatutnya meminta beliau memberikan kelulusan terus terhadap projek yang dimohon.

Jelasnya, permintaan sedemikian berbeza sama sekali dengan surat sokongan biasa termasuk kes membabitkan bekas setiausaha politik kanannya Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin yang hanya memohon permohonan syarikat tertentu dipertimbangkan.

“Dalam kes pegawai saya, enam syarikat hanya diminta dipertimbangkan. Ia wajar diberi teguran, tetapi adakah perlu dipecat jika surat itu tidak pun mencadangkan kelulusan?.

“Berbeza dengan surat meminta pertimbangan kelulusan perolehan melalui rundingan terus. Itu tidak dibenarkan. Di Terengganu, ia ditandatangani seorang Exco, surat dari Kelantan pula turut meminta kelulusan.

“Saya anggap hipokrasi di sini ialah tak sepatah pun disebut (ditegur oleh pembangkang soal) surat dari Exco Kelantan dan Terengganu minta diluluskan (projek),” katanya menjawab soalan pada Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT), hari ini.

Pendedahan itu dibuat selepas didesak Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu), yang meminta beliau menyatakan siapa wakil kerajaan negeri yang menghantar surat berkenaan.

Anwar turut mengesahkan surat dari Terengganu itu ditandatangani Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar negeri.

Terdahulu, Anwar menjawab soalan Datuk Mas Ermieyati Samsudin (PN-Masjid Tanah), yang bertanya sama ada kerajaan akan melaksanakan audit dalaman terhadap pegawai menteri susulan teguran supaya menteri lebih tegas memantau pegawai masing-masing.

Tegas Anwar, kerajaan bersetuju supaya audit dilakukan terhadap pegawai menteri bagi memastikan setiap tugas dilakukan tidak melanggar peraturan termasuk terpalit rasuah.

“Seperti saya umumkan pemantauan berterusan kerana ada pekeliling tentang tatakelakuan dan pengurusan tatatertib.

“Walaupun ini berlaku saya setuju dengan Masjid Tanah bahawa harus ada pemantauan lebih teliti termasuk apa dibangkit baru-baru ini tentang surat sokongan,”katanya.

Related Posts

Dakwaan AS tawar bantu Pas jatuhkan kerajaan, PKR Lembah Pantai buat laporan polis

KUALA LUMPUR – PKR Lembah Pantai membuat laporan polis berkenaan dakwaan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang bahawa Amerika Syarikat (AS) pernah menawarkan bantuan kepada parti itu untuk menjatuhkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bekas pengarah besar FELDA antara dua ditahan, siasatan urusan tanah dan projek

KUALA LUMPUR – Bekas pengarah besar Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) bergelar Datuk antara dua lelaki yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini kerana disyaki terbabit dalam penyelewengan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Belanjawan 2027: Golongan kurang berkemampuan, M40 dijangka jadi fokus

Belanjawan 2027: Golongan kurang berkemampuan, M40 dijangka jadi fokus

Arsenal bangkit kalahkan Chelsea 2-1

Arsenal bangkit kalahkan Chelsea 2-1

Wan Azizah gesa suara wanita diterjemah kepada dasar, bukan sekadar statistik

Wan Azizah gesa suara wanita diterjemah kepada dasar, bukan sekadar statistik

Selangor tutup sekolah jika IPU melebihi 200

Selangor tutup sekolah jika IPU melebihi 200

Waspada, elak risiko kesihatan akibat cuaca panas – Sultan Pahang, Tengku Ampuan Pahang

Waspada, elak risiko kesihatan akibat cuaca panas – Sultan Pahang, Tengku Ampuan Pahang

Everton, United kongsi mata hasil gol lewat permainan Maitland-Niles

Everton, United kongsi mata hasil gol lewat permainan Maitland-Niles