10 premis dipotong bekalan elektrik terlibat aktiviti perjudian

SARATOK – Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Saratok dengan kerjasama SESCO Sarawak melaksanakan tindakan pemotongan bekalan elektrik ke atas 10 premis yang dipercayai terlibat dalam aktiviti perjudian, sepanjang pengoperasian Op Dadu dari bulan Jun hingga November lalu.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Maggie berkata, sebanyak 24 pemeriksaan telah dijalankan ke atas premis di sekitar daerah ini bagi mengesan kegiatan yang melanggar Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Hasil pemeriksaan tersebut, 10 premis dikenakan tindakan di bawah Seksyen 21A akta berkenaan melalui pemotongan sumber elektrik sebagai langkah menyekat penganjuran aktiviti perjudian.

Pihak PDRM menegaskan tindakan itu merupakan pendekatan berkesan bagi melumpuhkan operasi perjudian yang cuba bersembunyi di sebalik premis perniagaan.

“Ia juga menunjukkan komitmen IPD Saratok dalam membanteras aktiviti perjudian dan jenayah melalui operasi berterusan, risikan strategik serta kerjasama masyarakat,” katanya menerusi kenyataan media pada Selasa. 

IPD Saratok turut menegaskan bahawa tindakan tegas akan terus diambil terhadap mana-mana pihak yang terlibat bagi memastikan keselamatan awam terpelihara serta mewujudkan persekitaran yang aman dan bebas daripada kegiatan tidak bermoral.

Pihak polis terus komited memperkukuh penguatkuasaan dan mengekang aktiviti yang mengancam ketenteraman awam di daerah ini.

Related Posts

Operasi CJ Bio Malaysia di Kerteh didakwa bakal berakhir, nasib lebih 450 pekerja jadi persoalan

KEMAMAN— Operasi kilang bioteknologi CJ Bio Malaysia di Kerteh didakwa bakal ditamatkan pada 15 Oktober ini, sekali gus menimbulkan kebimbangan mengenai nasib lebih 450 pekerja yang dikatakan terkesan. Maklumat ini…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Warga Myanmar mabuk belasah polis didakwa di mahkamah

RAUB – Dua warga Myanmar dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini bagi menghadapi pertuduhan bersama menyebabkan kecederaan kepada seorang anggota polis, bulan lepas. Bagaimanapun, pertuduhan terhadap kedua-dua lelaki…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sembilan emas Aichi-Nagoya bukti kesungguhan atlet Malaysia – PM

Sembilan emas Aichi-Nagoya bukti kesungguhan atlet Malaysia – PM

Pemulihan kuarters TUDM Sungai Besi Land perlu disegerakan – PM

Pemulihan kuarters TUDM Sungai Besi Land perlu disegerakan – PM

Tunggakan hasil lebih RM200 juta, JPJ gantung MYEG, Zetrix mulai Isnin

Tunggakan hasil lebih RM200 juta, JPJ gantung MYEG, Zetrix mulai Isnin

Azizulhasni raih pingat emas keirin, tepati ramalan

Azizulhasni raih pingat emas keirin, tepati ramalan

‘Lebai’ Pas salah guna kuasa, khianat dan fitnah – Tun Faisal

‘Lebai’ Pas salah guna kuasa, khianat dan fitnah – Tun Faisal

Ruang bersuara terbuka, Chean Chung pilih tidak hadir

Ruang bersuara terbuka, Chean Chung pilih tidak hadir