AirBorneo perkukuh rangkaian udara Sarawak mulai tahun hadapan

KUCHING – AirBorneo, syarikat penerbangan milik kerajaan Sarawak, dijangka memulakan operasi bulan depan sebaik sahaja proses pengambilalihan MASwings diselesaikan pada 31 Disember lalu, menurut Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lee Kim Shin.

Beliau berkata, operasi awal AirBorneo akan memberi tumpuan kepada Perkhidmatan Udara Luar Bandar (RAS) di Sarawak, Sabah dan Labuan bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan kepada penduduk pedalaman.

Menurut Kim Shin, proses pengambilalihan MASwings Sdn Bhd berjalan mengikut perancangan sejak Perjanjian Pembelian Saham ditandatangani pada 12 Februari lalu. 

“Semua kakitangan MASwings akan diserap sepenuhnya ke dalam AirBorneo bagi memastikan peralihan operasi berlangsung lancar tanpa menjejaskan perkhidmatan.

“Dua pesawat awal, ATR 72-500 dan Twin Otter, akan memulakan penerbangan menggunakan logo dan livery baharu AirBorneo mulai Januari, manakala penukaran livery pesawat lain dilakukan secara berperingkat dalam tempoh enam bulan,” katanya.

AirBorneo turut merancang memperluas rangkaian perkhidmatan ke destinasi serantau dan Kuala Lumpur menjelang akhir 2026 bergantung kepada kelulusan pengawalseliaan dan ketersediaan pesawat.

Menjawab isu dibangkitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek, Joseph Chieng, Kim Shin menjelaskan Sibu akan diperkasa sebagai hab penting dengan sambungan ke bandar-bandar utama di Sarawak, Sabah, Kuala Lumpur serta potensi laluan antarabangsa.

Berhubung tambang, beliau menegaskan AirBorneo akan menawarkan harga kompetitif bagi memastikan rakyat Sarawak, termasuk masyarakat pedalaman, menikmati perkhidmatan udara yang berpatutan dan stabil.

Kim Shin turut menyorot identiti korporat AirBorneo melalui logo bertema ‘Wings of Unity’ dan slogan ‘Borneo for You’ yang dilancarkan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada 21 Ogos lalu, menggambarkan aspirasi memperkukuh jaringan kesalinghubungan seluruh Borneo.

Setakat suku ketiga tahun ini, Sarawak mencatat 112,625 pergerakan pesawat dan 9.07 juta penumpang, peningkatan 15 peratus berbanding tempoh sama tahun sebelumnya. Pada masa ini, Sarawak menerima 51 penerbangan antarabangsa seminggu serta purata 551 penerbangan domestik setiap minggu.

Kesalinghubungan antarabangsa turut dipertingkat menerusi pelancaran perkhidmatan carter berjadual Haikou–Kuching oleh 9Air, manakala laluan Shenzhen–Kuching oleh Loong Air dijangka bermula dalam masa terdekat.

Kementerian Pengangkutan Sarawak komited bekerjasama dengan syarikat penerbangan dan agensi berkaitan bagi membuka lebih banyak laluan antarabangsa terus.

Kim Shin menegaskan bahawa AirBorneo bakal menjadi pemangkin strategik dalam meningkatkan mobiliti rakyat, merancakkan pelancongan, merangsang aktiviti perdagangan serta memperkukuh hubungan Sarawak dengan rantau serantau dan antarabangsa.

Foto: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

Related Posts

Tiga pelajar ditahan disyaki ada kaitan kematian Irene Sofiya
  • AdenAden
  • October 4, 2026

BATU PAHAT – Tiga pelajar lelaki ditahan setelah disyaki ada kaitan dengan kes seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat yang ditemui maut dipercayai dibunuh di sebuah sekolah di Yong Peng, dekat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Belanjawan 2027: Rakyat mahu STR diteruskan, bantuan pelajar diperluas

Oleh Jasmine Ae, Nana Mohamad dan Eveline B KUCHING – Isu kos sara hidup, pengekalan bantuan kewangan, peluang pekerjaan serta sokongan kepada golongan mahasiswa merupakan antara harapan utama yang disuarakan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiga pelajar ditahan disyaki ada kaitan kematian Irene Sofiya

  • By Aden
  • October 4, 2026
Tiga pelajar ditahan disyaki ada kaitan kematian Irene Sofiya

Belanjawan 2027: Rakyat mahu STR diteruskan, bantuan pelajar diperluas

Belanjawan 2027: Rakyat mahu STR diteruskan, bantuan pelajar diperluas

Perlawanan persahabatan erat hubungan kerajaan, ketua masyarakat

Perlawanan persahabatan erat hubungan kerajaan, ketua masyarakat

Bintulu lokasi rintis model rumah mampu milik M40

Bintulu lokasi rintis model rumah mampu milik M40

Pelaksanaan RTP terus beri manfaat kepada penduduk Ngemah

Pelaksanaan RTP terus beri manfaat kepada penduduk Ngemah

Pelajar tingkatan empat ditemukan maut di dewan sekolah

Pelajar tingkatan empat ditemukan maut di dewan sekolah