Belanjawan Sarawak 2026 disambut baik penjawat awam, warga emas

KUCHING – Belanjawan Sarawak 2026 terus mendapat respons positif daripada pelbagai lapisan masyarakat, termasuk penjawat awam dan warga emas yang menyifatkan inisiatif kerajaan negeri sebagai komitmen jelas dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Penjawat awam, Rennisa Jack, 27, berkata, pengumuman kenaikan gaji tambahan sebanyak tujuh peratus tahun hadapan amat melegakan dan mampu membantu meringankan tekanan kos sara hidup yang semakin meningkat.

“Sebagai penjawat awam, saya menyambut baik kenaikan ini kerana ia sangat bermakna dalam mengurus perbelanjaan harian. Ia juga memberi semangat baharu kepada kami untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik,” katanya.

Menurutnya, langkah kerajaan Sarawak memperkukuh kemahiran serta kapasiti penjawat awam dan mewujudkan persekitaran kerja yang lebih efektif menunjukkan kesungguhan kerajaan dalam memperkasa perkhidmatan awam.

“Inisiatif ini bukan sahaja meningkatkan motivasi malah memastikan perkhidmatan yang disampaikan kepada rakyat lebih cekap dan berkualiti. Saya berharap usaha sebegini diteruskan bagi memastikan perkhidmatan awam terus kukuh dan profesional,” ujarnya.

Sementara itu, pesara Andrew Esing, 74, turut melahirkan penghargaan terhadap kenaikan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) daripada RM800 kepada RM950 setahun, yang disifatkannya sebagai bantuan penting dalam menampung keperluan harian warga emas.

“Bantuan ini sangat membantu kami membeli barangan keperluan asas, terutama ketika harga barang semakin meningkat. Ia benar-benar meringankan beban perbelanjaan,” katanya.

Andrew turut menyambut baik pelaksanaan Faedah Kesihatan Warga Emas, yang menyediakan rawatan pesakit luar tanpa tunai sehingga RM500 seorang setahun di klinik panel.

“Program ini sangat membantu, lebih-lebih lagi apabila saya memerlukan rawatan atau ubat secara tiba-tiba. Ia mengurangkan banyak kos perubatan yang perlu saya tanggung,” jelasnya.

Dia berharap manfaat seumpama ini dapat diteruskan dan diperluaskan pada masa hadapan agar lebih ramai warga emas dapat menikmati sokongan yang diperlukan.

Belanjawan Sarawak 2026 sekali lagi mencerminkan komitmen kerajaan negeri dalam memperkukuh kebajikan rakyat melalui pelbagai inisiatif yang menyentuh aspek pendapatan, kesihatan dan kesejahteraan sosial.

Related Posts

Pelajar IPTS ‘kantoi’ cuba seludup bunga ganja RM1.17 juta

ALOR SETAR – Cubaan seorang pelajar institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) menyeludup masuk dadah disyaki bunga ganja bernilai kira-kira RM1.17 juta dari negara jiran gagal. Suspek ditahan ketika dalam pemeriksaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Rider’ kini boleh melepas lelah di Hab P-Hailing KL

KUALA LUMPUR – Komuniti penghantar makanan dan barangan kini mempunyai sebuah ruang khusus untuk berehat beserta kemudahan asas menerusi D’Tebing Recharge Rider yang diperkenalkan sebagai Hab P-Hailing Kuala Lumpur. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pelajar IPTS ‘kantoi’ cuba seludup bunga ganja RM1.17 juta

Pelajar IPTS ‘kantoi’ cuba seludup bunga ganja RM1.17 juta

Negara hancur dengan kebencian

Negara hancur dengan kebencian

‘Rider’ kini boleh melepas lelah di Hab P-Hailing KL

‘Rider’ kini boleh melepas lelah di Hab P-Hailing KL

Allahyarham Jasmin sangat dedikasi, sedang pertimbangan ke pangkat SAC – Jauteh

Allahyarham Jasmin sangat dedikasi, sedang pertimbangan ke pangkat SAC –  Jauteh

Perkukuh keharmonian, masyarakat Ngemah diingatkan waspada ancaman berita palsu

Perkukuh keharmonian, masyarakat Ngemah diingatkan waspada ancaman berita palsu

Pengamal media terokai warisan budaya Sarawak menerusi Miri In-depth Experience

Pengamal media terokai warisan budaya Sarawak menerusi Miri In-depth Experience