Sokongan pengundi pastikan kemenangan Hazem di DUN Sungai Manila

SANDAKAN – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manila yang baharu, Hazem Mubarak Musa, menzahirkan kesyukuran selepas diumumkan menang dalam persaingan enam penjuru pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah atas sokongan rakyat Sungai Manila.

Hazem berkata, kemenangan itu bukan kejayaan peribadinya, sebaliknya hasil usaha seluruh jentera Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Sg Manila.

“Alhamdulillah, sebentar tadi pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan bahawa saya telah pun dipilih sebagai ADUN Sungai Manila.

“Kemenangan ini bukan kemenangan saya seorang, tetapi kemenangan jentera kepimpinan GRS Sungai Manila dan rakyat Sungai Manila,” katanya ketika ditemui selepas pengumuman keputusan PRN17 di pusat penjumlahan undi di Dewan Sri Libaran, di sini pada Sabtu.

Beliau berkata, fokusnya selepas ini adalah melaksanakan amanah yang diberikan serta menyelesaikan isu-isu rakyat tanpa lagi terikat dengan kempen politik.

“Sudah pasti masa untuk berpolitik itu telah berakhir.

“Keutamaan kini ialah bekerja, membela rakyat dan menumpukan kepada penyelesaian masalah mereka,” katanya.

Hazem memperoleh 4,349 undi dengan majoriti 1,260 undi dalam pertembungan enam penjuru bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sg Manila.

Sebanyak 273 undi ditolak manakala peratus keluar mengundi direkodkan kira-kira 64.58 peratus.

Pertandingan itu turut membabitkan calon Barisan Nasional (BN) Zaini Tiksun, Yusri Abu Perikatan Nasional (PN), Faizal Wahab Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS) dan Sittinara Sakah (Warisan).

Kerusi berkenaan sebelum ini disandang wakil BN, Datuk Mokran Ingkat.

Related Posts

Semenanjung boleh teladani keharmonian kepimpinan Sabah, Sarawak – PMX

KUCHING – Pemimpin politik di Semenanjung disaran untuk mencontohi sikap serta semangat kepimpinan yang ditunjukkan oleh barisan pemimpin daripada kerajaan Sabah dan Sarawak demi mengekalkan keharmonian negara.   Perdana Menteri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM500 bantuan penerbangan ringankan beban pelajar baharu IPTA – PM Anwar

KUALA LUMPUR – Pelajar baharu Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang layak bagi sesi kemasukan September atau Oktober ini akan menerima Bantuan Khas Pembelian Tiket Penerbangan domestik secara sekali beri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

INSAF Malaysia agih bakul makanan, vitamin C kepada pelajar B40

INSAF Malaysia agih bakul makanan, vitamin C kepada pelajar B40

BUDI Diesel lebih fleksibel, beri kelegaan pengguna luar bandar

  • By Fatin
  • September 17, 2026
BUDI Diesel lebih fleksibel, beri kelegaan pengguna luar bandar

Hari Malaysia wajar disambut bergilir, ketengahkan sejarah MA63 – TYT Sarawak

Hari Malaysia wajar disambut bergilir, ketengahkan sejarah MA63 – TYT Sarawak

Semenanjung boleh teladani keharmonian kepimpinan Sabah, Sarawak – PMX

Semenanjung boleh teladani keharmonian kepimpinan Sabah, Sarawak – PMX

Sarawak pacu ekonomi hijau, sasar wilayah berpendapatan tinggi menjelang 2030

Sarawak pacu ekonomi hijau, sasar wilayah berpendapatan tinggi menjelang 2030

UMNO perlu tampil jelaskan kemelut Negeri Sembilan yang memalukan – Puad Zarkashi

UMNO perlu tampil jelaskan kemelut Negeri Sembilan yang memalukan – Puad Zarkashi