
KOTA MARUDU – Sejarah tercipta dalam Pilihan Raya Negeri ke-17 Sabah, di DUN Bandau apabila calon bebas (Kerusi) iaitu Datuk Dr Maijol Mahap memenangi kerusi yang menjadi rebutan dalam persaingan 13 penjuru.
Maijol mendapat undi sebanyak 3,996 dengan menang majoriti 244 undi meninggalkan pesaing rapatnya dari GRS, Datuk Redonah Bahanda yang mendapat undi sebanyak 3,752.
Seterusnya, pesaing lain iaitu Zaidi Jatil calon PH dengan undi 2,631; KDM, Jaiping Minsu 2,471 undi; Warisan, Rizham Abd Rahman 1,613 undi; StarSabah, Shirewin D. Patrick 1,189 undi; UPKO, Suzie Salapan 859 undi; Bebas (Kunci), Jolius Majawai; BN, Willey Lampaki 380 undi; PIS, Sauting Rabuyot 97 undi; Aspirasi, Norman Tulang 30 undi; Parti Bumi Kenyalang, Robbin Banati, 28 undi dan Parti Kebangsaan Sabah dengan 24 undi.
Sebagai rekod, jumlah kertas undi ditolak adalah 380 dan peratusan pengundian 65.59 peratus.
Sementara itu, jumlah pengundi berdaftar di DUN Bandau adalah 27,390 orang.


