Dengan satu jari saja, kita boleh ubah masa depan Sabah – Pengundi baharu

TENOM – Suasana Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah DUN Melalap hari ini, bukan sahaja meriah dengan kehadiran pengundi dewasa, tetapi turut diserikan oleh barisan anak muda yang bangga pertama kali menunaikan tanggungjawab demokrasi mereka.

Bagi Noralya Maisarah Mohamad Al’as, 18, pengalaman kali pertama muncul sebagai pengundi adalah detik yang cukup membanggakan.

“Saya bangga sebab sebagai pengundi baharu, saya boleh menyumbang kepada demokrasi negara.

“Dengan satu jari saja, kita boleh ubah masa depan Sabah.

“Harapan saya, undi saya ini mampu membawa perubahan besar untuk Sabah,” katanya kepada media, di Pusat Daerah Mengundi (PDM) SK Melalap, di sini pada Sabtu.

Rakan sebayanya, Umie Sajidah Basirah Azmeh, 18, turut mengakui debaran pertama kali mengundi.

“Berdebar juga, tapi saya mengundi untuk mengubah nasib orang Sabah.

“Saya harap, Sabah maju jaya,” katanya.

Turut berkongsi semangat sama, Cyntia Evrna Pairin, 21, berkata, dia hadir mengundi demi masa depan daerahnya.

“Saya berdebar tapi saya undi untuk pembangunan dan pembentukan masa depan di daerah saya. Harap undi saya tidak sia-sia,” jelasnya.

Bagi pengundi luar kawasan, Joshua Veritinus, 30, yang pulang dari Kota Kinabalu semata-mata untuk mengundi, tanggungjawab itu sesuatu yang tidak boleh dipandang ringan.

“Saya datang dari KK untuk bantu Kampung Melalap. Saya harap undi saya dapat membantu masa depan kampung.

“Apa pun keputusan nanti, saya harap seluruh Melalap boleh menerimanya dan terus jalankan tanggungjawab masing-masing,” ujarnya.

Sementara itu, pengundi muda Jericho Jeod, 18, menyifatkan hari ini sebagai pengalaman bermakna.

“Saya gembira dapat mengundi untuk pertama kali. Saya harap undi saya dapat membantu Sabah dan masyarakat untuk jadi lebih maju,” katanya.

Keterlibatan anak muda dalam PRN17 kali ini jelas menunjukkan kesedaran politik generasi baharu semakin meningkat, dengan ramai melihat undi mereka sebagai kunci kepada masa depan Sabah yang lebih stabil.

Sebagai rekod, seramai lapan calon daripada pelbagai parti termasuk calon bebas merebut kerusi DUN Melalap manakala kawasan itu merekodkan sejumlah 21,320 pengundi berdaftar dengan lebih 50 peratus daripadanya terdiri daripada pengundi muda berumur 18 hingga 39 tahun.

Terdahulu, calon PH, Datuk Jamawi Jaafar selesai menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi pada pukul 9.08 pagi, diiringi isterinya, Datin Zainatunnisa Ibrahim.

Related Posts

Pengalaman Singapura jadi rujukan penganjuran F1 Bahrain GP di Sepang – Anwar

PUTRAJAYA – Antara persiapan bagi menjayakan Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix di Litar Antarabangsa Sepang pada Oktober depan ialah meneliti pengalaman serta amalan terbaik republik Singapura dalam penganjuran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MoF nafi dakwaan SARA RM100 sekali bayar untuk semua rakyat berusia 18 tahun ke atas

PUTRAJAYA – Kementerian Kewangan (MoF) menafikan dakwaan yang tular di media sosial kononnya semua rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas akan menerima bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM100…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

JKOM Sarawak, IKBN Miri jalin kerjasama strategik perkasa belia

JKOM Sarawak, IKBN Miri jalin kerjasama strategik perkasa belia

Bulan Kebangsaan peluang perkukuh perpaduan, pacu pembangunan negara

Bulan Kebangsaan peluang perkukuh perpaduan, pacu pembangunan negara

Hajiji tekan perkembangan positif ESS Zone disalur kepada kedutaan asing

Hajiji tekan perkembangan positif ESS Zone disalur kepada kedutaan asing

Perak sasar 50 emas di SUKMA Selangor, sedia ganjaran sehingga RM6,000

Perak sasar 50 emas di SUKMA Selangor, sedia ganjaran sehingga RM6,000

Jenayah di Selangor terus menurun – Ketua Polis Selangor

Jenayah di Selangor terus menurun – Ketua Polis Selangor

Pokok tumbang: Cari jalan penyelesaian, bukan masa untuk menyalahkan mana-mana pihak

Pokok tumbang: Cari jalan penyelesaian, bukan masa untuk menyalahkan mana-mana pihak