Bulan Kebangsaan peluang perkukuh perpaduan, pacu pembangunan negara

KUCHING – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri menyeru seluruh rakyat Malaysia menjadikan sambutan Bulan Kebangsaan sebagai platform untuk menghayati semula makna kemerdekaan, memperkukuh perpaduan serta memperbaharui komitmen membina negara yang lebih maju, aman dan sejahtera.

Beliau berkata kemerdekaan bukan sekadar memperingati sejarah perjuangan menuntut kebebasan, malah perlu diterjemahkan melalui usaha berterusan memperkukuh perpaduan, memacu pembangunan, menegakkan keadilan serta memastikan kesejahteraan dapat dinikmati oleh seluruh rakyat.

“Perpaduan ialah asas kekuatan negara. Dalam masyarakat berbilang kaum dan agama seperti Malaysia, kita perlu terus menyemai sikap saling menghormati, bertolak ansur dan bekerjasama agar keamanan serta kestabilan yang kita kecapi hari ini dapat dikekalkan,” katanya ketika dihubungi TMP, hari ini.

Mohamad Duri berkata Sarawak menjadi contoh terbaik keharmonian masyarakat majmuk apabila rakyat daripada pelbagai kaum dan agama hidup dalam suasana aman serta saling menghormati sejak sekian lama.

Menurut beliau, semangat perpaduan itu menjadi antara faktor utama yang menyumbang kepada kestabilan politik, kemajuan ekonomi dan pembangunan pesat negeri berkenaan.

“Nilai ini perlu terus dipelihara dan diwarisi oleh generasi muda kerana perpaduan merupakan asas kepada kemajuan serta kemakmuran yang berkekalan,” ujarnya.

Beliau turut berharap agenda pembangunan Sarawak di bawah Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) terus diperkasakan bagi merealisasikan hasrat menjadikan negeri itu sebuah wilayah maju, berpendapatan tinggi dan mampan.

Katanya, tumpuan perlu terus diberikan kepada pembangunan ekonomi, transformasi digital, pendidikan berkualiti, keselamatan makanan, pembangunan infrastruktur, pemeliharaan alam sekitar serta peningkatan kesejahteraan rakyat supaya manfaat pembangunan dapat dinikmati secara menyeluruh, termasuk oleh masyarakat luar bandar.

Menyentuh pelaksanaan hak-hak Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), beliau berharap semua perkara yang masih belum dimuktamadkan dapat terus dirundingkan secara baik antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak.

Beliau berkata penyelesaian yang adil, berpandukan Perlembagaan Persekutuan, undang-undang dan semangat saling menghormati akan mengukuhkan lagi hubungan dalam Persekutuan Malaysia serta meningkatkan keyakinan rakyat terhadap masa depan negara.

Pada masa sama, beliau berharap isu melibatkan Petros dan Petronas juga dapat diselesaikan secara profesional melalui rundingan yang konstruktif dan berlandaskan undang-undang.

“Pendekatan menang-menang amat penting supaya kepentingan negara terus terpelihara, hak-hak Sarawak dihormati dan industri tenaga negara dapat terus berkembang demi manfaat semua rakyat,” katanya.

Beliau mengajak seluruh rakyat menjadikan Bulan Kebangsaan sebagai titik permulaan untuk memperkukuh perpaduan, mempertahankan keamanan serta menghormati semangat pembentukan Malaysia.

Beliau yakin semangat muafakat dan kerjasama semua pihak akan membolehkan Malaysia terus melangkah sebagai sebuah negara yang progresif, manakala Sarawak akan kekal menjadi pemacu pertumbuhan ekonomi dan contoh terbaik keharmonian masyarakat majmuk di negara ini.

Related Posts

AI Talks Edisi Ke-2 perkasa literasi digital komuniti sempena Hari Malaysia

KUCHING – Usaha memacu literasi digital dan pemahaman tentang teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam kalangan komuniti terus diperhebat menerusi penganjuran program AI Talks Edisi Ke-2 yang berlangsung di Atrium Utama…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

KOTA KINABALU – Kerajaan MADANI terus memperkukuh pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sebagai agenda nasional menerusi rundingan dan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Sabah serta Kerajaan Sarawak. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jangan tanamkan kebencian, politik mesti membawa rahmah

Jangan tanamkan kebencian, politik mesti membawa rahmah

Tiada kompromi, sindiket e-PLKS palsu diburu hingga tumpas – Saifuddin

Tiada kompromi, sindiket e-PLKS palsu diburu hingga tumpas – Saifuddin

AI Talks Edisi Ke-2 perkasa literasi digital komuniti sempena Hari Malaysia

AI Talks Edisi Ke-2 perkasa literasi digital komuniti sempena Hari Malaysia

Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

  • By Ezmie
  • September 16, 2026
Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

Netizen bangga PMX tidak ‘termakan’ soalan provokasi isu Gaza, Israel

Netizen bangga PMX tidak ‘termakan’ soalan provokasi isu Gaza, Israel

PRU16: Demi rakyat atau elak lebih ramai pemimpin UMNO didakwa rasuah?

PRU16: Demi rakyat atau elak lebih ramai pemimpin UMNO didakwa rasuah?