Pemuda PBB gesa Zaid Ibrahim mohon maaf, kenyataan hina Sarawak Sabah keterlaluan

KUCHING – Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) mengecam kenyataan bekas Menteri Undang-undang Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim yang tular baru-baru ini kerana didakwa menyifatkan Sarawak dan Sabah sebagai ‘beban’, serta mencadangkan agar Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dinilai semula.

Menurut Pemuda PBB, kenyataan Zaid bukan sahaja menyinggung perasaan rakyat Sarawak dan Sabah, malah dilihat angkuh apabila beliau mempertahankan pandangannya walaupun ditegur Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Datuk Fazzrudin Abdul Rahman.

Jelas kenyataan itu, MA63 adalah dokumen asas yang membawa kepada pembentukan Malaysia dan perlu dihormati serta dipenuhi, bukannya dipersoalkan sesuka hati.

Pemuda PBB turut menolak retorik yang menggesa Sabah dan Sarawak diberikan ‘kemerdekaan’ atau hak keluar Malaysia selepas lebih enam dekad bersama dalam Persekutuan, menyifatkannya sebagai pandangan ekstrem yang boleh menggugat keharmonian negara.

Sehubungan itu, mereka menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengambil tindakan sewajarnya terhadap mana-mana individu yang mengeluarkan kenyataan yang boleh mengancam ketenteraman awam serta sensitiviti rakyat di Borneo.

Pada masa sama, Pemuda PBB menasihatkan masyarakat supaya lebih berhati-hati ketika mengulas hal sensitif berkaitan hak serta kedudukan Sarawak.

Walaupun terbuka kepada pertukaran pandangan dalam menentukan hala tuju negara, sayap itu menegaskan mereka tidak akan berdiam diri jika hak dan keistimewaan Sarawak dicabar secara terbuka.

Related Posts

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

SEREMBAN – Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan yang mempunyai 36 kerusi, secara rasmi akan dibubarkan berkuat kuasa pada Jumaat, bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16. Pembubaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

KANGAR – Kerajaan Perlis menerima peruntukan tambahan berjumlah RM4 juta daripada Kerajaan Persekutuan hasil hubungan baik yang terjalin dengan kepimpinan pusat sejak pelantikan Menteri Besar, Abu Bakar Hamzah. Abu Bakar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai