Polis Sabah keluarkan 7,288 permit kempen, tiada aduan isu kelulusan permit

KOTA KINABALU – Sebanyak 7,288 permit kempen dikeluarkan kepada semua parti dan calon yang bertanding setakat tengah malam semalam, sekali gus membuktikan tiada isu atau rungutan berhubung proses mendapatkan permit sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang aduan berkaitan kesukaran mendapatkan permit atau kelewatan kelulusan.

“Setakat ini, tiada isu. Kita tidak menerima sebarang rungutan mengenai mendapatkan permit dan sebagainya,” katanya ketika ditemui media selepas mengundi awal di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di sini, pada Selasa.

Beliau turut memaklumkan bahawa pihak polis tidak menerima laporan berkaitan kehilangan kad pengenalan (IC) melibatkan pengundi awal.

“Kalau ada yang hilang IC dan datang mengundi nanti, dengan laporan polis itu akan disemak oleh SPR sebelum keputusan dibuat untuk membenarkan undi,” jelasnya.

Mengulas mengenai jumlah anggota yang mengundi awal, Jauteh berkata, majoritinya terdiri daripada anggota bertugas di luar daerah termasuk Unit Tindakan Rusuhan Awam (PORU).

“Sebagai contoh, kita ada 14 PORU melibatkan lebih kurang 600 personel. Mereka antara yang ramai membuat undi awal,” katanya.

Beliau berkata, proses kawal selia keselamatan akan diteruskan selepas hari pengundian bagi memastikan situasi pasca pilihan raya berada dalam keadaan terkawal.

“Kita tidak tahu bagaimana keputusan nanti, tetapi kita pastikan selepas pengundian, semua pihak berpuas hati dengan penugasan dan cara kita melaksanakan tanggungjawab di Sabah,” katanya.

Mengulas mengenai 15 kawasan kategori ‘hotspot’, Jauteh menjelaskan bahawa walaupun terdapat kawasan yang dikenal pasti berisiko, tahap penugasan keseluruhan adalah normal.

“Kita cuma membuat kawalan tertentu berdasarkan sebab kawasan itu ditetapkan sebagai hotspot,” katanya.

Menurut beliau, Polis Sabah juga telah menjalankan audit penugasan dan memohon bantuan tambahan daripada kontinjen luar.

“Sebanyak 1,200 anggota tambahan telah dikerah, kebanyakannya dari Sarawak dan Bukit Aman, dan sebahagian besar mereka sudah berada di Sabah,” katanya.

Related Posts

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

KERALAM (INDIA) – Pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Mufti Besar India, Sheikh Abubakr Ahmad dijadual berlangsung di Keralam (sebelum ini dikenali sebagai Kerala) esok, dalam rangka lawatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

NEW DELHI – Kerjasama dalam industri semikonduktor menjadi antara tumpuan perbincangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatannya dari India, Narendra Modi, dalam usaha memperluas perkongsian ekonomi Malaysia-India.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan