Kerajaan tingkat usaha mitigasi di tengah krisis banjir – PMX

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menzahirkan kebimbangan terhadap situasi banjir yang menenggelamkan banyak kawasan di seluruh negara ketika kerajaan telah membelanjakan peruntukan besar bagi melaksanakan kerja-kerja mitigasi.

Beliau berkata, meskipun berada di Afrika untuk menghadiri Sidang Kemuncak G20 di Johannesburg serta melakukan persinggahan di Addis Ababa, Ethiopia dan Nairobi, Kenya, beliau tetap memantau perkembangan banjir secara berterusan dan menerima laporan berkala mengenai keadaan semasa.

“Saya memang memantau… dua kali sehari.

“Kita sudah mengarahkan semua agensi, termasuk NADMA (Agensi Pengurusan Bencana Negara) untuk melakukan yang maksimum… apa sahaja yang perlu bagi meringankan beban mangsa banjir,” katanya.

Anwar berkata, situasi banjir ketika ini amat membimbangkan memandangkan kerajaan telah menyalurkan peruntukan yang besar bagi projek mitigasi banjir.

Beliau menjelaskan bahawa kelewatan sebelum ini berpunca daripada isu seperti pengambilan tanah, kontrak dan urusan tender, namun kini sebahagian besar kerja mitigasi sedang berjalan.

“Sebagai contoh, di beberapa kawasan di Kelantan di mana projek mitigasi banjir sudah disiapkan, kita dapat lihat pengurangan ketara dari segi impak dan kerugian,” katanya.

Menurutnya, kerajaan kini menumpukan perhatian kepada pelaksanaan langkah segera untuk membantu mangsa yang terjejas. Beliau dimaklumkan bahawa keadaan banjir berubah-ubah, dengan beberapa pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup manakala PPS lain pula dibuka.

“Bahagian yang membimbangkan ialah jumlah mangsa yang terjejas terlalu ramai.

“Daripada angka terkini yang saya baca sebentar tadi, ada beberapa pusat sudah ditutup, bermakna keadaan kembali normal.

“Ia seakan-akan banjir kilat… Tetapi saya rasa di Kuala Lumpur, apa yang berlaku ialah hakisan tanah menjejaskan banyak kawasan perumahan dan pokok tumbang,” katanya.

Mengulas tahap kesiapsiagaan pasukan pengurusan bencana, Perdana Menteri berkata pelbagai agensi telah menjalankan tugas dengan baik dalam membantu mangsa banjir.

“Kita boleh bandingkan dengan banyak negara lain. Kita sebenarnya cukup bersedia.

“Mesyuarat diadakan beberapa bulan sebelum ini, dipengerusikan oleh Datuk Seri (Dr Ahmad) Zahid (Hamidi), dan kita menerima laporan mingguan… bahkan sebelum saya berlepas,” katanya, merujuk kepada Ahmad Zahid yang juga Pengerusi NADMA.

Beliau berkata pihak berkuasa telah menjangkakan hujan akan menjejaskan kawasan tertentu, dan NADMA mengambil langkah membuka pusat pemindahan lebih awal sebagai langkah kesiapsiagaan.

“Jadi, saya fikir kita melakukan yang terbaik,” katanya kepada pemberita ketika berada dalam pesawat Malaysia Airlines yang membawanya pulang ke Kuala Lumpur malam tadi.

Related Posts

Tidak wajar lantikan Azam di NFCC dijadikan hukuman awam tanpa keputusan autoriti

BATU PAHAT – Sebarang persepsi, dakwaan atau kontroversi terhadap mana-mana individu tidak sewajarnya dijadikan hukuman awam tanpa melalui proses sewajarnya (due process) dan keputusan institusi berautoriti. Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca
26,000 kenderaan komersial di Sarawak daftar SKDS, KPDN perluas 35 kategori pendaftaran

KUCHING – Seramai 26,000 pemilik kenderaan komersial di Sarawak telah mendaftar di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) setakat ini bagi memastikan kelancaran pengurusan bekalan bahan api tersebut. Pengarah Kementerian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

10 lelaki ditahan terlibat salah guna dadah

10 lelaki ditahan terlibat salah guna dadah

Tidak wajar lantikan Azam di NFCC dijadikan hukuman awam tanpa keputusan autoriti

Tidak wajar lantikan Azam di NFCC dijadikan hukuman awam tanpa keputusan autoriti

Premis industri jadi sekolah Rohingya diserbu di Alor Setar

Premis industri jadi sekolah Rohingya diserbu di Alor Setar

Kerajaan Persekutuan disaran beli perkhidmatan kardiologi hospital swasta – Dr Annuar

Kerajaan Persekutuan disaran beli perkhidmatan kardiologi hospital swasta – Dr Annuar

26,000 kenderaan komersial di Sarawak daftar SKDS, KPDN perluas 35 kategori pendaftaran

26,000 kenderaan komersial di Sarawak daftar SKDS, KPDN perluas 35 kategori pendaftaran

Kaji semula kuota diesel BUDI MADANI berdasarkan geografi Sarawak

Kaji semula kuota diesel BUDI MADANI berdasarkan geografi Sarawak