ECRL: Projek pusat, negeri tuntut kredit – janji eksport pertanian hanya retorik?

SATU lagi episod pelik muncul dalam politik Terengganu apabila Exco Pertanian negeri, Datuk Dr Azman Ibrahim tampil dengan kenyataan gah bahawa ECRL bakal menjadi ‘pintu eksport pertanian’ negeri.

Ironisnya, projek mega itu dibina sepenuhnya oleh Kerajaan MADANI, ditentang bertahun-tahun oleh blok politik yang sama, tetapi hari ini cuba dicanang sebagai kejayaan kerajaan negeri.

Inilah magis politik Terengganu versi 2025 – projek orang lain, kredit mesti milik sendiri.

Eksport pertanian? Produk apa? Infrastruktur mana?

Kenyataan penuh yakin ini mengundang satu persoalan asas:

Apa sebenarnya yang hendak dieksport dari Terengganu?

Hasil pertanian negeri pun tidak cukup untuk menampung pasaran dalaman, apatah lagi mahu bercakap tentang eksport.

Tetapi dalam poster rasmi kerajaan negeri, semuanya nampak sempurna seolah-olah Terengganu sudah bersedia menjadi ‘Brazil Pantai Timur’.

TOD & Stesen Kargo: Negeri menumpang, pusat membina

Fakta yang cuba disorok di balik senyuman kamera ialah:

TOD dan stesen kargo ECRL ialah projek kerajaan pusat melalui MRL, bukan projek negeri.

Kerajaan Persekutuan membina landasan, terowong, stesen, gudang, logistik, semuanya.

Kerajaan negeri pula hanya memegang mikrofon untuk membuat kenyataan.

Tetapi dalam naratif propaganda negeri, ia ditulis seolah-olah pembangunan TOD adalah hasil ‘inisiatif kerajaan negeri untuk menjana pendapatan rakyat’.

Hakikatnya tanpa ECRL yang dibina pusat, tiada satu pun ‘pintu eksport’ ini wujud.

Realiti ekonomi: 90% pendapatan negeri masih datang dari pusat

Lebih melucukan, sambil kerajaan negeri bercakap tentang ‘menjana pendapatan baru’, angka belanjawan 2026 menunjukkan:

RM1.709 bilion atau hampir 90% pendapatan Terengganu datang daripada Kerajaan MADANI.

Hasil negeri sendiri?

Hasil cukai: RM85 juta.

Hasil bukan cukai: RM203 juta.

Semuanya jauh lebih kecil berbanding dana daripada kerajaan Pusat.

Jadi bagaimana kerajaan negeri mampu mendakwa ECRL sebagai platform mereka untuk ‘menjana keuntungan kepada negeri’?

Negeri masih bergantung kepada pusat, bukan eksport pertanian.

Naratif cantik, realiti tidak seindah poster

Naratif rasmi berbunyi ‘ECRL dimanfaatkan sebagai pintu eksport pertanian’.

Tetapi realitinya:

Tiada pelan eksport.

Tiada pasaran sasaran.

Tiada angka hasil.

Tiada produk berskala eksport.

Tiada infrastruktur pemprosesan sedia pakai.

TOD pun belum siap.

Yang ada hanyalah retorik politik untuk menampakkan kerajaan negeri kononnya pro pertumbuhan menjelang tarikh politik tertentu.

Beri kredit di mana sepatutnya

Kerajaan MADANI membina ECRL.
Kerajaan MADANI membina TOD.
Kerajaan MADANI melabur dalam logistik dan infrastruktur.

Kalau hari ini pentadbiran negeri Terengganu mahu menumpang manfaatnya, itu tidak menjadi masalah memang pembangunan negara untuk semua.

Tetapi untuk datang kemudian, menuntut kredit dan mendakwa ia ‘inisiatif negeri’, itu sudah sampai tahap propaganda separuh masak.

Rakyat Terengganu tidak perlu lagi disuap dengan poster yang cantik tetapi kosong isi.

Apa yang mereka mahu adalah:

projek pertanian yang benar-benar menghasilkan pendapatan,

bukan kenyataan media yang sekadar mencantikkan imej Exco dan kerajaan negeri,

bukan eksport khayalan tanpa satu pun lori hasil pertanian pun bergerak.

Jangan jadi hero atas keringat orang lain

ECRL akan membawa manfaat besar itu fakta.
Tetapi manfaat itu lahir daripada kerja keras dan pelaburan Kerajaan Persekutuan, bukan kerajaan negeri.

Jangan esok bila kereta api laju sampai, mereka pula mahu mendakwa itu ‘jasa Pas kepada rakyat’.

Terengganu berhak mendapat kepimpinan yang jujur, bukan yang hanya pandai bergambar sambil menumpang kejayaan orang lain.

Kerajaan MADANI membina.
Rakyat menikmati.
Kerajaan negeri jangan menunggang.

Related Posts

SPR tingkat kesiapsiagaan hadapi kemungkinan pilihan raya dalam masa terdekat

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terus memperkukuh tahap kesiapsiagaan bagi menghadapi kemungkinan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) di Melaka, Johor dan Negeri Sembilan dalam masa terdekat sebagai persediaan menghadapi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan gesa Zionis bebaskan 25 rakyat Malaysia sertai GSF 2.0

SUBANG – Kementerian Luar menggesa rejim Zionis segera membebaskan 25 rakyat Malaysia yang ditahan ketika menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 ke Gaza di perairan antarabangsa berhampiran Cyprus.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sindiket proses dadah bentuk cecair untuk vape dikesan di Sabah

Sindiket proses dadah bentuk cecair untuk vape dikesan di Sabah

Keluar PKR, Rafizi dan Nik Nazmi belum habis merajuk

Keluar PKR, Rafizi dan Nik Nazmi belum habis merajuk

KePKAS pandang serius gajah Pygmy cedera belalai

KePKAS pandang serius gajah Pygmy cedera belalai

Kastam Sabah tumpaskan cubaan edar dadah lebih RM3 juta menerusi perkhidmatan kurier

  • By Ynom
  • May 20, 2026
Kastam Sabah tumpaskan cubaan edar dadah lebih RM3 juta menerusi perkhidmatan kurier

Lebih 2 juta kenderaan dijangka guna lebuh raya mulai Jumaat

Lebih 2 juta kenderaan dijangka guna lebuh raya mulai Jumaat

Naik taraf rumah pengebumian Cina Jalan Feeder tingkat kemudahan komuniti

Naik taraf rumah pengebumian Cina Jalan Feeder tingkat kemudahan komuniti