PRN17 Sabah: 3,153 pengundi awal bakal tunai tanggungjawab di DUN Karambunai

KOTA KINABALU – Seramai 3,153 pengundi awal terdiri daripada anggota tentera dan pasangan masing-masing, akan menunaikan tanggungjawab mereka bagi Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah bagi DUN Karambunai di Sekolah Kebangsaan Pangkalan TLDM, Sepanggar pada Selasa.

Proses pengundian yang bermula seawal pukul 8 pagi berlangsung lancar yang akan selesai pada pukul 5 petang, dengan aliran keluar masuk pengundi yang teratur sepanjang hari keadaan cuaca yang mendung.

Panglima Armada Timur, Laksamana Madya Datuk Khir Junaidi Idris turut hadir menunaikan tanggungjawab bersama-sama dengan isteri membuang undi pada pukul 9.20 pagi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan sehingga pukul 10 pagi, peratus keluar mengundi (VTO) bagi hari undi awal sebanyak 47.90 peratus bersamaan 8,924 orang.

SPR menetapkan 25 November sebagai hari undi awal manakala hari pengundian bagi seluruh Sabah berlangsung pada 29 November, Sabtu ini.

Secara keseluruhan, seramai 24,426 pengundi awal dijangka mengundi, melibatkan 11,697 anggota tentera dan pasangan, serta 12,729 anggota polis dan pasangan di seluruh negeri.

PRN17 menyaksikan 596 calon bertanding merebut 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), dengan tempoh kempen yang bermula 15 November akan berakhir pada 11.59 malam, 28 November.

Related Posts

Dakwaan AS mahu jatuhkan kerajaan 2014, kenapa Pas baru dedahkan?

KUALA LUMPUR – Dakwaan campur tangan Amerika Syarikat (AS) memberi bantuan kepada Pas untuk menjatuhkan kerajaan Malaysia pada 2014 bukan isu yang boleh didiamkan hampir sedekad sebelum didedahkan susulan menyentuh…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kenapa Pas tidak tinggalkan kedutaan jika benar AS tawar bantuan jatuhkan kerajaan?

KUALA LUMPUR – Pas seharusnya bersikap tegas meninggalkan sebarang pertemuan dalam menjatuhkan kerajaan bersama kuasa asing sebagai tanda bantahan, namun kegagalan berbuat demikian menimbulkan persoalan serius terhadap sikap parti Islam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dakwaan AS mahu jatuhkan kerajaan 2014, kenapa Pas baru dedahkan?

Dakwaan AS mahu jatuhkan kerajaan 2014, kenapa Pas baru dedahkan?

SPRM buka kertas siasatan isu kelewatan agihan baja di Kedah

SPRM buka kertas siasatan isu kelewatan agihan baja di Kedah

Kerjasama politik perlu lebih fleksibel selepas PRU

Kerjasama politik perlu lebih fleksibel selepas PRU

Kenapa Pas tidak tinggalkan kedutaan jika benar AS tawar bantuan jatuhkan kerajaan?

Kenapa Pas tidak tinggalkan kedutaan jika benar AS tawar bantuan jatuhkan kerajaan?

SAR enam pendaki hilang diperluas, aset darat, air dan udara digerakkan

SAR enam pendaki hilang diperluas, aset darat, air dan udara digerakkan

Malaysia perlu lahir lebih ramai bakat STEM, kuasai teknologi sendiri – Anwar

Malaysia perlu lahir lebih ramai bakat STEM, kuasai teknologi sendiri – Anwar