Tanah runtuh, pokok tumbang sekitar ibu negara

SEKURANG-KURANGNYA empat kejadian tanah runtuh dan tiga pokok tumbang berlaku di sekitar ibu negara berikutan hujan lebat berpanjangan.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima beberapa panggilan kecemasan untuk kerja-kerja menyelamat.

Menurutnya, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai dan BBP Jalan Hang Tuah menerima laporan pokok tumbang di Jalan Ang Seng 4, Brickfields jam 9.24 pagi tadi manakala BBP Seputeh menerima panggilan tanah runtuh di Blok C Pangsapuri Kos Rendah Jalan Sepadu 6, Taman United jam 11.02
pagi.

“BBP Jalan Tun Razak menerima panggilan pokok tumbang jam 11.10 pagi di Jalan Langgak Golf, Taman U Thant manakala tanah runtuh diJalan Maarof, Bangsar oleh BBP Pantai Dalam jam 11.20 pagi.

“Tanah runtuh turut berlaku di Jalan Medang Tanduk Bukit Bandaraya–Bangsar apabila BBP Pantai menerima panggilan kecemasan jam 3.24 petang.

“Kawasan lain terjadi tanah runtuh adalah di Flat Sri Lempah, Lorong Jugra–Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur apabila BBP Sri Petaling menerima panggilan jam 4.32 petang ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

PGO JBPM Kuala Lumpur berkata, pokok tumbang turut dilaporkan di Jalan Kira-Desa Kiarama jam 5.45 petang tadi.

“Kesemua lokasi sudah dihadiri dan kerja-kerja pemantauan serta penyelamatan dilaksanakan oleh pasukan bomba dengan bantuan Unit Kecemasan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

“Pasukan bomba masih berada di lokasi yang memerlukan pemantauan dan sentiasa bersiap sedia sekiranya berlaku sebarang kejadian kecemasan yang memerlukan tindakan lanjut,” katanya.

Related Posts

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

SEREMBAN – Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan yang mempunyai 36 kerusi, secara rasmi akan dibubarkan berkuat kuasa pada Jumaat, bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16. Pembubaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

KANGAR – Kerajaan Perlis menerima peruntukan tambahan berjumlah RM4 juta daripada Kerajaan Persekutuan hasil hubungan baik yang terjalin dengan kepimpinan pusat sejak pelantikan Menteri Besar, Abu Bakar Hamzah. Abu Bakar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai