Projek rakyat kembali kepada rakyat, Zaidi tawar Projek Ladang Bandau 

KOTA MARUDU – Calon PH di DUN Bandau, Zaidi Jatil, menawarkan pelaksanaan Projek Ladang Rakyat Bandau (LRB) sebagai usaha mengembalikan manfaat projek rakyat terus kepada rakyat.

Zaidi berkata, pelaksanaan itu bertujuan membantu mengeluarkan rakyat dari kepompong kemiskinan. 

“Kita akan buat satu projek yang kita sebut sebagai LRB Ladang Rakyat Bandau. 

“Ini untuk fokus kita mengeluarkan rakyat dari kepompong kemiskinan, untuk keluarga miski tegar yang ada eKasih,” katanya ketika sesi ceramah di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Tanjung Batu, di sini, pada Jumaat. 

Selain itu, katanya, sebelum ini pihaknya juga telah membantu beberapa keluarga untuk mendapatkan rumah melalui Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) yang kini dikenali sebagai Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS). 

“Saya masuk ke kampung-kampung ini ada beberapa rumah kita bantu bagi PPRT sekarang PPRS,” jelasnya. 

Tambahnya, jika diberi mandat kelak beliau juga akan membantu rakyat dari segi mendapatkan perumahan yang selesa dengan harga mampu milik. 

Katanya, beliau akan membuat permohonan untuk mewujudkan sebuah lagi perumahan di bawah Program Perumahan Rakyat (PPR) fasa dua memandangkan PPR Korongkom yang sedia ada tidak lagi menampung keperluan.

Related Posts

Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN-Rusia

KAZAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Rusia di Kazan, Persekutuan Rusia, selama dua hari bermula esok. Wisma Putra memaklumkan, Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kebun sekolah bakal diperluas di Sabah tahun depan

Kebun sekolah bakal diperluas di Sabah tahun depan

Hajiji hadir majlis kesyukuran sempena Awal Muharam 1448H

Hajiji hadir majlis kesyukuran sempena Awal Muharam 1448H

Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN-Rusia

Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN-Rusia

Jangan manipulasi fakta!

Jangan manipulasi fakta!

Malaysia, Timor-Leste tingkatkan kerjasama strategik pelbagai sektor – PM

Malaysia, Timor-Leste tingkatkan kerjasama strategik pelbagai sektor – PM

Kehadiran Parti Wawasan Negara jadi pembakar semangat PH – Fahmi

Kehadiran Parti Wawasan Negara jadi pembakar semangat PH – Fahmi